PERAPI DOVE DIRUMUS KHAS, ADVANCED 1 MINUTE DI MALAYSIA

Mahu memiliki rambut yang cantik, lembut dan bersinar? Cubalah Perapi Dove baharu yang dirumus khas, Advanced 1 Minute!

Menyedari permintaan ramai wanita yang mahu memilikinya, sebagai sebagai salah satu jenama penjagaan diri terkemuka di dunia, Dove telah mengambil inisiatif melancarkan siri pertama perapi rambut dengan rumusan khas canggih menampilkan tiga perapi baharu untuk keperluan jenis rambut yang berbeza dengan tahap-tahap kerosakan yang unik. Siri Advanced 1 Minute ini terdiri daripada Perapi Dove 1 Minute Foam, Perapi Dove 1 Minute Milk Gel dan Perapi Dove 1 Minute Serum.

[Kiri-Kanan] Chloe Meng, Pengurus Besar Jenama Dove, Natalie Goh, Pengurus Pemasaran Penjagaan Rambut, John Goh, Dove R&D Deploy Ma

Memahami  Kehendak Wanita

Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh Edelman Berland, kebanyakan wanita ingin rasa yakin menggayakan rambut dengan cara yang mereka yang tersendiri dan 4 daripada 5 kalangan wanita mengatakan rambut adalah sebahagian daripada identiti mereka.

Walau bagaimanapun, hampir 90% produk rambut yang tersedia di pasaran masih diformulasi dan direka berdasarkan satu idea kecantikan rambut yang sama.

Pada acara pelancaran perapi Advanced 1 Minute, Pengurus Senior Jenama Dove, Chloe Meng berkata,

“Kami percaya bahawa menyediakan pelbagai jenis produk untuk memenuhi keperluan rambut-rambut yang berbeza akan membantu meningkatkan keyakinan diri golongan wanita apabila melibatkan gaya dan kecantikan rambut.

Kami juga faham pada era hari ini, kehidupan dan gaya hidup yang sibuk serta pantas seorang wanita mendorong kami sebagai sebuah jenama untuk terus menghasilkan produk yang inovatif dan efektif sejajar dengan perubahan masa.”

Setiap daripada perapi rambut ini telah diformulasi dengan teknologi unik untuk memenuhi keperluan wanita dengan rambut yang halus dan nipis, berminyak dan dengan kerosakan yang teruk.

perapi dove

Hanya Satu Minit!

Perapi-perapi ini dengan berkesan memulihkan dan mentransformasikan rambut menjadi lebih lembut, bebas minyak dan lebih tebal dalam hanya satu 1 minit.

perapi dove

Merawat Rambut Dengan Efektif

Sehubungan dengan itu, Perapi Dove Buih 1 Minit telah direka dengan buih-buih kecil kelembapan yang sememangnya sesuai untuk membaiki rambut jenis nipis dan halus.

Teknologi yang digunakan menjadikan perapi 1 Minute Foam lebih ringan berbanding perapi-perapi biasa yang tersedia di pasaran.

Perapi Dove 1 Minute Milk Gel pula menyasarkkan wanita-wanita dengan rambut berminyak dan rosak menggunakan kompeks penyesuaian mikro  memastikan rambut tidak rasa berat, berminyak atau melekit.

Perapi 1 Minute Serum juga menyediakan kompleks penyesuaian mikro paling padat dan kelembapan untuk wanita berambut lebat dengan helaian rambut yang kasar atau pernah terdedah kepada kepanasan melampu atau kerosakan akibat pewarnaan rambut.

Rambut Selembut Sutera

John Goh dari R & D Deployment Manager Home & Personal Care for Dove Malaysia berkata: “Produk-produk ini dirumus dengan keratin pembaikan aktif, kompleks penyesuaian mikro dan kapsul serum yang berupaya menjadikan rambut selembut sutera ketika sesi rawatan rambut.

Kami percaya bahawa perapi rambut tidak sepatutnya bercirikan ‘satu-produk-untuk-semua’ kerana setiap jenis rambut adalah berbeza dan memerlukan penjagaan yang berbeza.

Varian Perapi Dove 1 Minute Advanced

Perapi Dove 1 Minute Foam dirumus dengan kompleks penyesuaian mikro paling ringan dengan kebaikan yang melembutkan rambut serta menyerap ke dalam rambut dengan kadar segera.

Buih-buih nutrien ringan ini mengandungi buih kecil kelembapan dan lebih ringan daripada perapi konvensional menjadikan produk ini sesuai untuk rambut halus dan nipis.

Perapi Dove 1 Minute Milk Gel diperkaya dengan kompleks penyesuaian mikro dan menggunakan agen pelembap berasaskan tumbuhan, menggantikan beberapa ramuan “waxy” lebih berat yang boleh dijumpai di dalam perapi-perapi biasa. Tekstur yang dikatakan seumpama sutera menyerap ke dalam rambut dengan cepat.

Produk ini meninggalkan lapisan halus kompleks penyesuaian mikro pada rambut, supaya rambut tidak terasa berat, berminyak atau melekit, menjadikan produk ini sesuai untuk rambut yang berminyak dan rosak.

perapi dove

Perapi Dove 1 Minute Serum dirumus dengan kuasa transformatif kapsul serum, membina semula ikatan yang rosak dalam struktur dalaman rambut dengan setiap penggunaan dan mengurangkan kerosakan rambut yang kelihatan ketara.

Formula ini mengandungi kompleks penyesuaian mikro dan pelembap yang paling padat untuk memberikan kebaikan dan kelembutan yang amat diperlukan untuk rambut kering dan rosak.

Jom Beli!

Siri baru Perapi Dove 1 Minute Advanced boleh didapati di semua cawangan Guardian dan Watsons. Harga runcit bagi Perapi Dove 1 Minute Foam adalah RM21.20 manakala harga Perapi Dove 1 Minute Milk Gel 1 adalah RM18.75 dan Perapi Dove 1 Minute Serum pula dijual pada harga RM16.30.

(Visited 3,714 times, 1 visits today)