SEMAK 5 CARA JADIKAN PERCUTIAN KELUARGA ANDA LEBIH BERMAKNA

Dapat menghabiskan masa bersama keluarga, sahabat ataupun yang tersayang terlalu bermakna bagi kita yang terlalu sibuk dengan tanggungjawab kerja seharian. Kalau boleh biarlah percutian keluarga yang dirancang menjadi sesuatu yang indah dan cukup bermakna tanpa ada sebarang masalah atau gangguan.

 

Jika kita terlalu sibuk dengan dunia kerja dan masa untuk bersama keluarga, terutama anak-anak agak terhad, jadi kita perlu memanfaatkan percutian keluarga ini untuk mendekatkan diri dengan mereka.

 

Bercuti bersama keluarga adalah perkara yang sangat menyeronokkan kerana boleh menghilangkan stress serta menambahkan lagi keakraban hubungan kekeluargaan yang mungkin sedikit rengan.

 

Dikongsikan Beberapa Cara Yang Boleh Dipraktik Agar Percutian Keluarga Anda Itu Menjadi Lebih Efektif Dan Penuh Makna:

 

  1. Survey Lokasi Percutian

Pilih lokasi percutian yang sesuai dengan citarasa keluarga ataupun keadaan anak-anak serta bajet kita.

 

Jangan paksa mereka pergi ke destinasi yang terlalu jauh walaupun ia bagus dan mungkin kita sukai. Lagipun mood anak-anak ini sering berubah-ubah dan biarlah tujuan percutiaan kita itu sesuai dengan minat dan keadaan diri anak-anak.

 

Apatah lagi jika anak kita mempunyai rekod kesihatan yang tidak baik. Di samping itu, jangan lupa bawa ubat-ubatan dan kelengkapan secukupnya sepanjang percutian tersebut.

Percutian Keluarga

  1. Buat Senarai Aktiviti

Sebelum kita bercadang untuk pergi mana-mana destinasi percutian, sebaiknya ambil tahu info tempat-tempat menarik serta kemuduhan yang ada di sekitarnya.

 

Di samping itu, buat aturcara yang fleksibal supaya mudah disesuaikan apabila ada sesuatu perkara yang tiba-tiba terjadi tanpa di sangka. Menyusun aturcara sangat penting kerana dengan menyusun jadual ini kita akan dapat memanfatkan percutian tersebut dengan lebih sempurna tanpa kelam kabut.

Percutian Keluarga

  1. Jangan Asyik-Asyik Tengok Smartphone

Walaupun smartphone ini perlu kita bawa untuk berkomunikasi, tetapi tak perlulah setiap saat kita menyemak SMS, Whatapps dan sebagainya. Apatah lagi jika ia berkaitan dengan urusan di pejabat.

 

Semaklah telefon bimbit secara berkala, balaslah sekiranya kita rasakan ianya benar-benar penting. Ingat, prioriti dalam percutian keluarga itu adalah mencari ketenangan.

Percutian Keluarga

  1. Jauhkan Diri Daripada Laptop

Perkara ini perlu kita lakukan untuk mendapatkan waktu cuti-cuti yang benar-benar kita inginkan. Ini adalah kerana di dalam laptop atau komputer riba tersimpan data-data kerja yang akan membuatkan kita asyik teringat dengan segala tugasan di pejabat.

 

Ambil waktu rehat sehari dua tanpa menjengah laptop ketika bercuti.

Percutian Keluarga

  1. Berjimat-Cermat Dalam Berbelanja

Perkara ini perlu juga kita fikirkan kerana bab duit adalah sumber pengeluaran utama apabila kita pergi bercuti. Cuba elakkan berbelanja lebih daripada sepatutnya ketika bercuti walaupun kita ingin mengenang momen-momen percutian tersebut.

 

Kita mempunyai hak sepenuhnya untuk mengawal perbelanjaan, sama ada hendak berjimat ataupun boros sewaktu bercuti.  Usah jadikan berbelanja sebagai prioriti utama jika tak nak duit habis sebelum percutian tersebut berakhir.

Percutian Keluarga

Itulah antara perkongsian tip percutian keluarga yang pastinya  akan membuatkan cuti-cuti anda pada tahun ini menjadi lebih teratur, seronok dan bahagia!

 

BACA 5 TRIK PERCUTIAN MURAH WAKTU CUTI SEKOLAH