PERIA KATAK ADA 6 KHASIAT ISTIMEWA PENAWAR PENYAKIT KRONIK DAN ADA ANTI PENUAAN!

TAK KIRALAH SAYUR PERIA BIASA, MAHUPUN PERIA KATAK, KEDUA-DUANYA  BOLEH MENINGGALKAN RASA PAHIT PADA LIDAH!

 Disebabkan rasa pahit itulah tidak ramai yang menyukainya. Sungguhpun begitu, sayur ini terutama peria katak mempunyai sejuta kebaikan untuk kesihatan.

Sebenarnya bagi anda yang biasa meminumnya, ia bukanlah terlalu pahit seperti buah tunjuk langit. Sepahit-pahit peria, ia masih boleh ditelan oleh mereka yang sayangkan kesihatan.peria katak

BERIKUT BEBERAPA KEBAIKAN ATAUPUN KHASIAT PERIA KATAK YANG WAJAR KITA KETAHUI:

  1. MENINGKATKAN DAYA KETAHAN BADAN

Meskipun rasanya pahit, peria merupakan salah satu sayur yang tinggi kandungan nutrisinya seperti vitamin C.

Vitamin C sendiri mempunyai fungsi luar biasa untuk meningkatkan daya ketahanan badan. Peria ini dikatakan mengandungi anti virus yang boleh memperkuatkan sistem imun dan metabolisme.

Jadi sebab itulah peria dikatakan sebagai sayur yang boleh membantu melindungi badan dari pelbagai ancaman virus yang menyebabkan penyakit.

  1. MENGATASI DIABETIS

Nutrisi yang terdapat pada peria katak dikatakan sangat bagus untuk mengatasi dan mencegah diabetis.

Sayur peria yang pahit ini mempunyai kandungan dengan sifat hypoglycemic atau berperanan sebagai penurun kadar gula di dalam darah.peria katak

  1. MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

Peria termasuk dalam kategori sayur yang sangat rendah kalori dan juga kolesterol.

Jadi, tidak hairanlah jika peria katak dipercayai boleh membantu seseorang itu mendapatkan bentuk badan yang langsing serta berat badan ideal.peria katak

  1. MENJAGA KESIHATAN MATA

Jika kita mengalami masalah kesihatan mata seperti katarak dan sebagainya, elok sangat jika kita menikmati peria.

Sayur ini mengandungi vitamin A  dan beta karoten yang bagus untuk kesihatan mata.

    5. MEMPERLAMBATKAN PERTUMBUHAN SEL KANSER

Khasiat yang terkandung pada peria juga mampu memperlambatkan pertumbuhan sel-sel kanser yang terjadi pada organ pancreas.

Ini adalah kerana pengambilannya  peria katak sebagai jus boleh mempengaruhi metabolisme glukos yang ada pada kanser, sekaligus memperlambatkan pertumbuhannya.

  1. KULIT LEBIH CANTIK DAN AWET MUDA

Nak kulit sihat dan selalu cantik serta awet muda? Lepas ni kenalah belajar menyukai serta memakan peria katak.

Vitamin C yang terkandung dalam peria merupakan antioksidan semulajadi. Antioksidan tersebut akan mencegah dan menghilangkan radikal bebas berbahaya serta  membantu mencegah kedutan dengan memperlambatkan proses penuaan.

Di samping itu, ia turut melindungi kulit daripada kerosakan oleh sinar UV matahari.peria katak

Itulah beberapa kebaikan peria katak untuk kesihatan dan juga kecantikan. Jadi, mula hari belajarlah menjadi pencinta peria katak!