PERMULAAN LEBIH KUAT DENGAN DUTCH LADY+PROTEIN BAHARU

Kini, kebanyakan keluarga di bandar dengan gaya hidup yang sibuk sukar untuk meluangkan masa untuk menyediakan dan menikmati sarapan yang bernutrisi pada waktu pagi. Jangan risau – susu Dutch Lady +Protein BAHARU yang penuh dengan nutrisi lagi lazat dapat memberikan keluarga anda permulaan pagi yang lebih kuat dengan protein berkualiti tinggi dan kandungan kalsium yang tinggi!

dutch lady
Asas Pembentukan Badan

Protein merupakan asas pembentukan badan manusia, bagi menghasilkan rambut, kulit, mata, otot dan organ kita. Nutrien tersebut bertindak seperti kru pembaikan dan pembinaan untuk tisu badan kita, membantu membina otot yang kuat yang kita perlukan untuk setiap aktiviti rutin dalam kehidupan seharian kita.

Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi dalam setiap hidangan adalah penting untuk memastikan badan kita berfungsi dengan optimum untuk prestasi terbaik sama ada ketika berada di sekolah atau di tempat kerja.

dutch lady
“Minum Dutch Lady +Protein pada waktu pagi merupakan cara yang mudah untuk membekalkan tenaga dan nutrisi untuk sepanjang hari. Yang paling penting, ia kaya dengan protein berkualiti tinggi, berkalsium tinggi, dan penuh dengan nutrien penting, untuk membantu membina otot dan tulang yang kuat,” kata Pengarah Pemasaran Dutch Lady, Ramjeet Kaur Virik.

Bukan Semua Protein Itu Sama

Pakar Perunding Pemakanan dari Indra Balaratnam Nutrition – The Food Expert Clinic, Indra Balaratnam menyatakan, bukan semua protein itu sama. Walaupun makanan harian seperti daging, ayam, telur, kacang kuda dan kekacang mengandungi protein, terdapat sesetengah protein mempunyai profil asid amino yang lebih lengkap berbanding yang lain, menjadikannya lebih bernilai untuk diet kita.

dutch lady
“Sumber protein haiwan seperti daging, makanan laut dan telur dianggap lebih lengkap secara biologi, atau lebih berkualiti tinggi berbanding protein daripada tumbuhan. Akan tetapi, makanan tersebut memerlukan masa untuk disediakan atau dimakan pada waktu pagi yang sibuk. Daging dan ikan yang terlebih masak boleh memusnahkan nutrien penting sekaligus menghalang penyerapan nutrien untuk badan,” kata Indra.

dutch lady
Oleh itu, tingkatkan pengambilan protein dan kalsium keluarga anda semasa sarapan untuk otot dan tulang yang kuat dengan susu Dutch Lady +protein mulai hari ini untuk permulaan hari yang lebih kuat! Dutch Lady +Protein UHT 1L dan susu dipasteur 1L kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit terpilih di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk http://www.dutchlady.com.my/plusprotein

(Visited 4,887 times, 1 visits today)