SENANG MASAK DENGAN PES DAN SOS SEGERA AYAMAS KITCHEN!

TIDAK YAKIN HENDAK MEMASAK MASAKAN TRADISI SEPERTI AYAM MASAK MERAH, RENDANG DAN KURMA? USAH RISAU, ANDA TETAP BOLEH MERAIKAN TETAMU DENGAN MENGUNAKAN SEDIKIT HELAH – SOS DAN PES SEGERA AYAMAS KITCHEN.

Baru-baru ini, team 123mamanet dijemput menghadiri ‘Ayamas Kitchen Pastes And Sauce Blogger’s Party’.  Ia memang parti sebenar! Siap dengan dekorasi menarik bersama belon-belon gas bertebaran di seluruh ruang. Paling penting, ada banyak makanan yang enak! xoxo

 AYAMAS KITCHEN

Kami turut teruja dengan demo masakan ayam masak merah yang dilakukan di parti tersebut. Semuanya serba pantas. Tidak payah menumis cili yang boleh menyesakkan hidung. Cukup tumis bawang, masukkan pes ayam masak merah, masukkan beberapa ketul ayam yang sudah siap digoreng, sedikit air dan perasa. Siap! Yey, parti pun bermula!

 

 AYAMAS KITCHEN

PES DAN SOS AYAMAS KITCHEN PENUH DENGAN CAMPURAN REMPAH RATUS ASLI

Majlis tak akan lengkap tanpa kata-kata aluan daripada tuan rumah. Jadi, majlis telah menjemput Tuan Rafiq Moosa, Timbalan Presiden QSR Brands (M) Holdings Bhd. (Upstream Division) untuk menyampaikan mesej kepada para blogger.

Dalam ucapannya, beliau memberitahu, “Kedai Ayamas telah melancarkan aneka pes dan sos segera melalui jenama Ayamas Kitchen. Kini pelanggan boleh mengubah hidangan ayam kepada pelbagai jenis masakan Melayu, dari masakan tradisonal seperti rendang, kurma dan hidangan ayam masak merah yang memukau selera.

Tambahnya lagi, “Pes segera ini padat dengan campuran rempah ratus asli. Dengan slogan “Cepat, Mudah dan Lazat”, pes segera Ayamas Kitchen memudahkan lagi pelanggan untuk memasak, sekali gus menjimatkan masa tanpa menjejaskan keenakan rasa tradisi.”

 AYAMAS KITCHEN

Produk terbaharu itu terdiri daripada pelbagai jenis masakan Melayu iaitu sos rendang, pes masak merah dan kurma, serta serbuk pati ayam.

Pes segera tersebut merupakan rencah tumis yang boleh dicampur dengan air, stok atau santan, hirisan bawang, kentang atau tomato cincang, bagi menghasilkan kuah yang lazat untuk ayam, daging atau makanan laut, dalam masa kurang 30 minit.

 AYAMAS KITCHEN

 

 AYAMAS KITCHEN

 

Selain pes segera, Ayamas Kitchen turut memperkenalkan serbuk stok ayam untuk membantu menaikkan lagi rasa hidangan.”

Kepada yang suka mengembara dan keluar negara, bawalah pes dan sos segera ini bersama. Mana tahu kalau rindukan masakan kampung halaman, bolehlah cuba masak di sana.

 AYAMAS KITCHEN

Sos rendang, pes kurma dan masak merah Ayamas Kitchen masing-masing dijual pada harga RM2.80 setiap paket yang mengandungi 100 gram. Ia boleh didapati di semua rangkaian Kedai Ayamas seluruh negara. Bolehlah cuba masak untuk Hari Raya Aidil Adha nanti.

 

AYAMAS KITCHEN

 

Untuk maklumat lanjut layari www.kedaiayamas.my atau facebook page AyamasRoasters

 

BACA RESEPI RENDANG AYAM SUPER SEDAP UNTUK HARI RAYA