LEBIH 80% PESAKIT PSORIASIS YANG DITINJAU SELIDIK MENANGGUNG MALU

 

Dalam  usaha  untuk  memahami  kesan  fizikal  dan  psikologi yang  dibawa oleh psoriasis ke atas kehidupan pesakit psoriasis, tinjau selidik global terbesar tentang psoriasis bertajuk ‘Clear about Psoriasis’(Jelas tentang Psoriasis) telah dianjurkan baru-baru ini.

 

Di mana lebih 8,300 pesakit dari 31 negara yang hidup dengan kondisi initelah mengambil bahagian dalam tinjau selidik tersebut. Keputusannya membuktikan bahawa terdapat kekurangan kesedaran dan salah tanggapan terhadap penyakit ini. Malah, lebih 80% daripada peserta melaporkan bahawa mereka mengalami diskriminasi atau menanggung malu yang disebabkan oleh keadaan mereka.

 

Tinjau Selidik Tentang Psoriasis

38% Pesakit disahkan mengalami kesan psikologi disebabkan keadaan mereka.

24% Pesakit disahkan mengalami kemurungan.

25% Pesakit disahkan mengalami kebimbangan.

40% Pesakit sering ditenung dikhalayak ramai.

41% Peskakit tidak bekerja sekurang-kurang satu hari dalam 6 bulan yang lebas disebabkan keadaan mereka.

 

Perkongsian Pengalaman Pesakit Psoriasis

PESAKIT PSORIASIS

Lex, seorang tukang gunting, yang mendapat tahu beliau menghidap psoriasis 12 tahun dahulu dan berasa amat terkejut apabila mengetahui bahawa penyakit ini tidak boleh disembuh.

 

Apabila ditanya tentang rawatan semasa mereka, 57%daripada pesakit yang dikajiselidik berkata bahawa mereka belum dapat memiliki kulit yang bebas dari  sisik  atau simptom psoriasis. Bagaimanapun, kemajuan rawatan baharu  beberapa  tahun yang lalu telah terbukti secara  klinikal bahawa  ia dapat mencapai kesan 90% atau lebih dalam usaha membebaskan kulit pesakit psoriasis daripada sisik atau simptom psoriasis.

 

Apabila ditanya tentang kehidupan harian mereka, 88% daripada pesakit psoriasis yang ditinjau selidik berasa rendah diri atau malu dengan keadaan mereka dan  menjauhkan diri daripada aktiviti seperti berenang, berjemur, mendapatkan perkhidmatan peribadi seperti potong rambut dan urut.

 

Lebih menyedihkan, hampir separuh daripada pesakit ini menyatakan bahawa mereka telah ditanya sama ada keadaan mereka boleh berjangkit, sedangkan pada hakikatnya penyakit ini tidak berjangkit.

 

 

Raja, seorang  jurugambar, menceritakan  bahawa penyakit psoriasisnyameliputi  hampir 70% tubuhnya dan ini menyebabkan beliau berasa segan dan malu terhadap penampilannya. “Lebih banyak kulit yang saya dedahkan, lebih tidak yakin saya rasakan,” katanya.

 

Begitu juga dengan Lex, yang merasa tidak yakin disebabkan kondisinya. Raja menjelaskan bahawa  memahami kondisinya  membolehkan  beliau  mendidik  masyarakat tentang penyakit  ini.

 

“Pertama sekali, saya mahu semua orang tahu bahawa penyakit ini tidak berjangkit  sama sekali! Orang tidak perlu takut untuk berkongsi makanan atau duduk di sebelah kami,” kata Raja.

 

Tinjau selidik ini  juga mengkaji kesan psoriasis ke  atas hubungan pesakit, dengan  lebih 40% pesakit mengakui bahawa keadaan mereka menjejaskan hubungan mereka  dengan orang lain. Sesetengah daripada pesakit ini takut orang lain melihat kulit mereka mengelupas dan psoriasis juga membuat mereka merasa diri mereka tidak sempurna sebagai pasangan.

 

Psoriasis bukan saja menjejaskan kehidupan peribadi, tetapi juga kehidupan kerja pesakit, dengan lebih separuh  daripada  mereka yang ditinjau selidik  mengakui  bahawa keadaan  ini  menjejaskan  produktiviti mereka dan mengehadkan peluang kerjaya mereka.Lebih 23% daripada pesakit ini dipersendakan oleh rakan kerja mereka.

 

“Saya harap orang akan faham bahawa derita yang ditanggung akibat psoriasis bukan setakat yang dapat dilihat dengan mata, tetapi lebih daripada kesakitan fizikal atau kulit kering. Ia adalah penderitaan emosi bagi  mereka yang telah  bertahun-tahun  menghidapnya, dan  saya rasa pesakit perlukan sokongan,” tambah Lex.

 

“Beribu-ribu pesakit psoriasis ini menyangka mereka sama sekali tidak boleh mempunyai kulit yang bebas dari sisik atau simptom psoriasis. Namun, dengan  kegigihan dan usaha berterusan  pakar-pakar sains, rawatan baharu kini membolehkan  pesakit berpeluang bebas dari sisik atau simptom psoriasis. Pesakit hendaklah tidak berputus asa dan terus membincangkan pilihan  rawatan yang boleh didapati  dengan pakar dermatologi mereka,” kata Dr Joshi Venugopal, Presidendan Ketua Negara Novartis Malaysia.

 

Maklumat lanjut di Facebook Novartis  Malaysia atau laman web  http://mypsoriasis.my/.