PHARMATON SEDIA BERI ANDA GANJARAN ATAS KEJAYAAN YANG DICAPAI!

Pharmaton ingin meraikan pencapaian terhebat anda pada tahun 2016.  Caranya sangat mudah, anda hanya perlu ceritakan pencapaian anda pada tahun 2016 dan Pharmaton akan memberi anda peluang untuk mencapai kejayaan yang lebih besar lagi pada tahun 2017.

Tiada kejayaan yang besar jika tidak bermula daripada yang kecil. Jadi jangan kecewa apabila anda tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Usah rasa rendah diri, kejayaan anda layak untuk diiktiraf.

Jadikan, anugerah Pharmaton ini sebagai batu loncatan untuk anda mencapai kejayaan lebih besar pada tahun 2017 ini. Kongsikan dengan orang lain mengenai pencapaian anda agar anda mampu menjadi inspirasi bagi mereka pula.

Hanya anda sahaja yang tahu bagaimana susah payahnya anda berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan berkat daripada keazaman anda yang tinggi. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan “Reward Your Achievement”ini.

LIKE & SHARE MAMANET

 BACA: MUDAHNYA JADI ORANG YANG SABAR

pharmaton

PHARMATON BERI GANJARAN SEHINGGA RM50 RIBU UNTUK SEMUA PEMENANG

Dengan RM50 ribu bakal menjadi taruhan buat seramai 15 rakyat Malaysia yang akan ditaja oleh Pharmaton dalam membantu mereka mencapai azam 2017. Pemenang akan diberi pilihan untuk memilih bidang tertentu yang ingin dicapai, iaitu sama ada kesihatan, pembangunan diri, manja diri serta perjalanan.

Untuk menyertai pertandingan “Reward Your Achievement” ini, anda perlu sebarang produk Pharmaton bernilai RM30 dalam satu resit di mana-mana outlet, isi borang yang disediakan dan beritahu kami dalam 30 patah perkataan kenapa anda layak menang?

Anda boleh masukkan borang tersebut dalam kotak yang disediakan, ataupun hantar butiran anda melalui whatsapp di talian 0172352960 bersertakan gambar resit pembelian anda.

Pencapaian yang paling hebat akan menang! Jadi apa tunggu lagi? Mungkin rezeki anda besar tahun ini dan berpeluang menjadi salah seorang pemenang.

Pertandingan Pharmaton “Reward Your Achievement” ini sudah bermula sejak 1 Januari 2017 dan akan berakhir pada 31 Mac 2017. Usah berlengah lagi. Ajak rakan-rakan anda untuk sertainya sekarang!