POLIDENT GSK TINGKATKAN KEYAKINAN & KESELESAAN PEMAKAI GIGI PALSU  

Jangan Segan! Makan, Berbual dan Senyumlah dengan Yakin. Baru-baru ini jenama GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK), pemilik jenama Polident, memperkasakan pemakai gigi palsu dengan ilmu mengenai penjagaan gigi palsu. Secara tak langsung Polident membantu mengembalikan rasa keyakinan diri dan keselesaan pemakai gigi palsu untuk melakukan sebarang aktiviti.

 

Menerusi forum pendidikan ‘Makan, Berbual dan Senyumlah dengan Yakin’ yang diadakan baru-baru ini, Polident GSK berhasrat untuk memperkasakan pemakai gigi palsu dengan ilmu.

 

Pemakai gigi palsu biasanya segan untuk membincangkan perkara berkaitan gigi palsu, terutamanya  dalam kalangan rakan  mereka. Pemakaian gigi palsu sering dianggap sebagai tanda penuaan. Namun, terdapat pemakai yang mula memakai gigi palsu seawal usia 38 tahun. Akibatnya, pemakaian gigi palsu sebenarnya adalah lebih umum berbanding apa yang difikirkan oleh orang ramai. Hakikatnya, 10% daripada rakyat Malaysia adalah pemakai gigi palsu.

 

Menurut Prosthodontist dan Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Natasya Ahmad Tarib, pemakaian gigi palsu boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang itu, terutamanya bagi mereka yang pertama kali memakai gigi palsu. Mereka biasanya bimbang bahawa dengan memakai gigi palsu, mereka tidak dapat bercakap atau makan secara biasa, dan mereka juga sering kali bimbang pemakaian gigi palsu akan mengubah penampilan mereka secara drastik.

 

Tambah Dr Natasya lagi, akibat daripada keyakinan diri yang rendah, pemakai gigi palsu kerap enggan berbincang mengenai cabaran yang dihadapi berkenaan dengan gigi palsu mereka.  Akhirnya mereka terpaksa menghadapi masalah berkaitan pemakaian gigi palsu secara bersendirian.

 

“Antara masalah yang biasa dialami oleh pemakai gigi palsu termasuk betapa sesuainya gigi palsu muat di dalam mulut mereka, serta bagaimana untuk memastikan kebersihan gigi palsu, yang mempunyai kesan mendalam terhadap keselesaan dan kebersihan mulut. Mereka juga bimbang akan berlakunya keadaan dimana gigi palsu menjadi longgar semasa mereka makan atau berbual yang boleh menyebabkan situasi yang memalukan.  Walau bagaimanapun, dengan pendidikan dan pemahaman mengenai penjagaan gigi palsu yang lebih lanjut,  pemakai gigi palsu akan menjadi lebih berkeyakinan,” jelas Dr Natasya.

polident

Lebih Selesa, Yakin Dan Kesihatan Mulut Terjaga

Menurut Pengurus Pemasaran Penjagaan Mulut, GSK Consumer Healthcare Sdn Bhd, Alycia Tan, GSK meraikan ulang tahunnya yang ke-60 dengan hasrat untuk membina masyarakat sihat di Malaysia di samping dapat meningkatkan tahap penjagaan kesihatan mulut di seluruh negara.

 

Melalui forum tersebut, beliau berharap dapat menangani perasaan bimbang serta keterasingan yang biasa ditemui dalam kalangan pemakai gigi palsu, agar mereka dapat makan, berbual dan senyum dengan yakin.”

 

Program berkenaan turut memaparkan pendidikan dan demonstrasi penjagaan gigi palsu yang bertujuan untuk melengkapi para hadirin dengan ilmu pengetahuan mengenai kaedah penjagaan gigi palsu yang terbaik.

 

“Adalah penting untuk mereka menjaga gigi palsu mereka sendiri dengan baik. Sama seperti gigi asli, gigi palsu juga mudah terdedah kepada serangan plak, tartar serta kotoran, dan perlu dibersihkan setiap hari bagi mengekalkan kesihatan mulut anda.

 

Walau bagaimanapun, gigi palsu tidaklah tahan lasak,  ia adalah 10 kali lebih lembut berbanding gigi asli. Oleh itu, pemakai hendaklah lebih berhati-hati ketika membersihkan gigi palsu mereka bagi mengelak kerosakan,” jelas Dr Natasya.

 polident

Produk Penjagaan Gigi Palsu Dirumus Khas

Polident GSK menawarkan produk penjagaan gigi palsu yang dirumus khas untuk memastikan gigi palsu akan dipegang dengan kuat dan lebih bersih, bagi meningkatkan tahap keselesaan dan kesihatan mulut pemakai gigi palsu penuh atau separa.

 

Pencuci gigi palsu Polident GSK yang kurang melelas dirumus khas untuk memastikan gigi palsu sentiasa bersih, segar dan mengekalkan kesihatan mulut setiap hari. Ia dapat  membasmi 99.9% bakteria yang menyebabkan bau busuk dan rumusannya yang kurang melelas berupaya mencuci liang permukaan gigi palsu tanpa mencalarkannya sekaligus menghalang pembiakan bakteria.

 

Sementara itu, pelekat gigi palsu Polident GSK ini telah dirumus untuk meningkatkan keselesaan gigi palsu dengan memegang gigi palsu dengan kuat sehingga 12 jam dan menghalang cebisan makan daripada terperangkap antara gigi palsu dan gusi.

 

Jadi, anda yang memakai gigi palsu dapat menjalankan aktiviti-aktiviti harian tanpa perlu berasa bimbang lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari https://www.polident.com.my