PRODUK JENAMA GUARDIAN TERPILIH DAPAT PENSIJILAN HALAL JAKIM

Berita baik buat anda yang suka membeli belah di Guardian. Produk jenama guardian yang terpilih (selected Guardian own brand products) kini dapat pensijilan halal JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

 

Guardian, rantaian farmasi dan peruncit kecantikan serta kesihatan terkemuka Malaysia yang memiliki lebih 420 premis jualan di seluruh negara, sentiasa memenangi kepercayaan para pengguna dengan produk-produk yang berkualiti yang ditawarkannya

 

Kesemua produk Jenama Milikan Guardian dikilangkan dengan piawaian kualiti yang tertinggi, dengan produk yang relevan telah diuji dan dibuktikan secara dermatologi, dimana semakin banyak produk ini mematuhi garis panduan halal JAKIM.

 

Seiring dengan itu, Jenama Milikan Guardian dengan bangganya mengumumkan majoriti produk-produk keluarannya yang relevan kini telah mendapat pengesahan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan yang selebihnya di pelbagai peringkat proses pengesahan bagi mendapat sijil tersebut.

pensijilan halal jakim

Logo Pensijilan Halal JAKIM

Jenama tersebut kini dalam proses menghasilkan pembungkusan baharu yang memapar logo Halal JAKIM dengan jelas pada semua pek produk Jenama Milikan Guardian yang menerima sijil Halal.

 

Produk-produk Jenama Milikan Guardian yang telah disahkan Halal oleh JAKIM adalah Gel Mandian, Gel Mandian Bayi, Losyen Bayi, Cecair Pembersih Wanita dan Vitamin jenis ‘Gummies’ untuk kanak-kanak.

 

Produk-produk berkenaan kini mempunyai bungkusan baharu dan boleh didapati di cawangan Guardian.

 

Seperti piawaian bahan semulajadi dan organik, piawaian Halal mempunyai satu set bahan-bahan, proses dan metadologi yang dibenarkan. Kesemua garis panduan ini direkacipta bagi memastikan ketenangan fikiran dan keyakinan pengguna terhadap kebersihan dan kesucian produk-produk berkenaan.

 

TONTON VIDEO INI

 

Pensijilan Halal JAKIM memastikan semua piawaian ketat berkenaan dipatuhi di setiap peringkat pencarian dan pembelian bahan mentah; pembuatan; pengisian pergudangan dan lojistik di kilang bagi memastikan kesucian dan kebersihan kesemua produk-produk yang dihasil menepati syariah Islam.

 

Pensijilan tersebut juga membolehkan kebolehkesanan di setiap peringkat proses bagi memastikan kebertanggungjawab yang lebih besar.

 

JAKIM dianggap sebagai peneraju dalam pensijilan Halal dengan syarat dan prosedur yang amat ketat di peringkat global. Pensijilan Halal JAKIM diperakui dan dipercayai di peringkat antarabangsa.

 

Menurut satu laporan Research and Markets, pasaran penjagaan peribadi Halal dunia dijangka akan mencecah AS$52.02 bilion menjelang 2015 kesan daripada kesedaran umat Islam terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam barangan kosmetik dan formulasi produk penjagaan diri peribadi juga pilihan serta penerimaan bukan Islam terhadap produk-produk yang disahkan halal.

pensijilan halal jakim

Persijilan Halal JAKIM Merupakan Satu Peningkatan

Di seluruh dunia, pengguna Islam dan bukan Islam berkesanggupan untuk membayar harga premium untuk produk Halal disebabkan jaminan kebersihan dan kesuciannya.

 

Gabungan Malaysia dan Indonesia sahaja telah membentuk 60% daripada keseluruhan pendapatan penjualan produk halal di rantau Asia Pasifik pada tahun 2015 dengan produk penjagaan kulit dan solekan menjadi produk paling banyak digunakan .

 

Menurut Pengarah Jenama Milikan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd., Alfonso Roderos, produk-produk Jenama Milikan Guardian telah sejak dahulu lagi dihasilkan menepati setiap piawaian kualiti. Dengan persijilan dari JAKIM untuk rangkaian produk terpilih ini,, merupakan satu peningkatan kepada tahap jaminan untuk pengguna.

 

Roderos turut memberitahu bahawa, produk-produk jenama Milikan Guardian yang disahkan Halal oleh JAKIM diterima baik oleh umat Islam dan bukan Islam kerana mereka mempunyai keyakinan dalam jaminan kualiti.

 

“Bagi jaringan meluas produk-produk Jenama Milikan Guardian, pensijilan Halal oleh JAKIM ini menambah satu lagi lapisan kepada keyakinan dan kepercayaan pengguna kepada produk kami. Ia membolehkan pengguna Islam mendapat akses kepada lebih banyak jenis produk yang Halal. Tambahan pula kebanyakannya diuji serta dibuktikan secara dermatologi pada harga yang mereka akan suka,” tambahnya lagi.

 

Bagi Profesor Madya Dr. Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Kontemporari Pengajian Islam, Universiti Teknologi Mara, seorang pendakwah nasional, penyelidik dan penganjur kesedaran Halal berkata, “Ia amat menyentuh hati melihat sebuah peruncit besar seperti Guardian melaksanakan satu tindakan berskala besar untuk mendapatkan pensijilan Halal oleh JAKIM bagi produk mereka yang berkenaan.”

 

“Kesanggupan untuk mematuhi syarat-syarat Halal di setiap peringkat proses perkilangan mereka akan memberikan umat Islam dan bukan Islam jaminan bahawa jenama ini amat menghormati kepercayaan pengguna dan komited untuk memberikan mereka kebolehkesanan mengenai kesucian dan kebersihan produk di seluruh peringkat,” jelas beliau lagi.

pensijilan halal jakim

Manakala Penolong Pengurus bagi Perhubungan Awam dan Kerajaan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd., Farahani Failul Rahman menjelaskan, “Pengguna bukan Islam kini juga mula mencari produk Halal kerana yakin dengan kesucian dan kebersihan produk di sepanjang proses perkilangan. Guardian Malaysia akan terus memperluaskan portfolio produk-produk halal bagi memperkukuhkan lagi janji jenama kami untuk memberikan kepercayaan, semangat dan Inspirasi untuk manfaat para pelanggan kami.”

 

“Para pengguna kini memilih untuk membeli label-label seperti beretika, tidak kejam terhadap haiwan yang mana Halal meliputi kebanyakan daripada nilai-nilai dan prinsip-prinsip tersebut,” ujar Farahani lagi.

 

Dr. Mohd Nor turut memberitahu bahawa Pensijilan Halal JAKIM dikenali di seluruh dunia sebagai yang paling ketat. Produk-produk penjagaan diri peribadi Jenama Milikan Guardian yang telah mendapat pensijilan ini akan dengan mudah diterima di negara-negara yang mempunyai jumlah populasi umat Islam yang besar. Langkah ini akan membuka pasaran yang lebih besar kepada jenama berkenaan dan memberikan pengguna Islam lebih banyak pilihan.

 

Untuk senarai produk yang disahkan Halal, para pengguna boleh mendapatkannya dipautan www.halal.gov.my.

 

Keseluruhan jaringan produk-produk berkenaan hanya boleh didapati secara eksklusif di kedai-kedai Guardian di seluruh negara dan e-kedai di pautan guardian.com.my.

 

BACA – PRODUK JENAMA GUARDIAN YANG MENAWARKAN KUALITI YANG DIINGINI