PRODUK PENJAGAAN KULIT DAN RAMBUT DARIPADA BOTANECO GARDEN BABY

WOW, ADA BERITA BAIK BUAT SEMUA PAPA DAN MAMA YANG MASIH MENCARI-CARI RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN KULIT DAN RAMBUT YANG LEMBUT DAN SESUAI DENGAN KULIT BAYI.

 

Guardian, gedung farmasi yang juga peruncit barangan kesihatan dan kecantikan terbesar Malaysia telah memperkenalkan rangkaian produk Botaneco Garden Baby.

 

Rangkaian produk penjagaan kulit dan rambut daripada Botaneco Garden ini menggunakan kandungan dari sumber alam semula jadi yang mampu memberikan perlindungan yang terbaik untuk bayi kita.

 

Di samping itu, ia menggunakan bahan-bahan terpilih seperti estrak kamomil organik serta oatmeal kolodial organik dan juga minyak zaitun yang disahkan eko atau “eco-certified” yang sesuai untuk kulit bayi.

 

Rangkaian produk penjagaan kulit dan rambut bayi ini mengandungi beberapa kandungan organik dan telah diuji dan terbukti dari segi dermatologi.

produk penjagaan kulit

 

PRODUK PENJAGAAN KULIT BEBAS DARIPADA KIMIA BERBAHAYA

Formulasi produk Botaneco Garden Baby juga bebas daripada ‘parabens’, silikon, SLS, SLES, pewarna, lanolin dan DEA. Ianya  memberi ketenangan minda kepada ibu bapa kerana bayi akan mendapat layanan yang lembut dan bersih sejak hari pertama lagi.

produk penjagaan kulit

Ditawarkan pada harga yang berpatutan, Botaneco Garden Baby membawakan produk rambut dan penjagaan kulit berkualiti yang mampu dibeli oleh lebih ramai pengguna.

produk penjagaan kulit

Rangkaian Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal menggunakan gabungan unik Ekstrak Kamomil organik untuk melegakan kulit serta oatmeal koloidal bagi membantu melindungi lapisan kulit.

 

Manakala minyak zaitun yang ‘eco-certified’ pula berfungsi melembabkan kulit dan rambut. Ia merangkumi produk cucian dari rambut hingga ke hujung kaki, losyen bayi dan krim muka dan badan bayi.

produk penjagaan kulit

Ekstrak kamomil merupakan satu bahan popular dalam aromaterapi dan penjagaan kulit, yang juga boleh melegakan kulit. Keseluruhan rangkaian produk ini diformulasi dan dihasilkan di Australia.

 

BOTANECO GARDEN BABY CHAMOMILE & OATMEAL BRTSTANDARD TINGGI

Oatmeal koloidal memiliki kandungan kanji dan beta-glucan yang menjadikannya bersifat pelindung kulit dan menyimpan air. Ia juga mengandungi anti-oksidan dan kewujudan saponin di dalam oat menjadikannya satu agen pembersih, pelembab, penampan, selain memberi kelegaan.

 

Minyak zaitun padat dengan anti-oksidan seperti squalene yang terkenal dengan manfaatnya untuk membantu melindungi dan melembapkan kulit. Kandungan perapi dalam minyak zaitun membantu melembabkan kulit kepala serta kulit.

produk penjagaan kulit

Menurut Pengarah Jenama Korporat, Kesihatan & Kecantikan The Dairy Farm Company, Puan Segolene Defline, Botaneco Garden Baby Chamomile & Oatmeal meneruskan standard tinggi yang telah ditetapkan oleh rangkaian produk utama Botaneco Garden.

 

Rangkaian produk penjagaan kulit dan rambut daripada Botaneco Garden ini menawarkan harga mampu milik dan boleh didapati secara eksklusif di cawangan Guardian di seluruh negara dan e-stor: https://online.guardian.com.my. Harga yang ditawarkan bermula daripada RM22.90 hingga RM31.90.