‘KIDZ VS FOOD 2.0’ PUPUK MINAT MASAK MEMASAK PADA KANAK-KANAK

KidZ vs Food 2.0’ merupakan penganjuran kali kedua dan KidZania berhasrat untuk menanam minat masak memasak di kalangan kanak-kanak sebagai satu kemahiran hidup asas. Di samping itu dapat juga memberikan mereka inspirasi untuk menyajikan hidangan mereka buat ibu bapa.

 

Program menarik sempena cuti sekolah ini ‘KidZ vs Food’ telah kembali di KidZania Kuala Lumpur. Bermula sejak 25 November lalu dan bakal berakhir pada 31 Disember ini. ‘

 

Menurut Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur, terdapat beberapa kelainan dalam ‘KidZ vs Food 2.0’.

 

Katanya, “Kanak-kanak bukan sekadar mempelajari cara memasak hidangan ringkas. Malahan, mereka  turut berpeluang menyediakan hidangan untuk ibu bapa mereka. Menerusi aktiviti ini, mereka akan memahami bahawa setiap makanan yang dihidangkan sebenarnya memerlukan usaha yang gigih untuk memastikan ia dapat disajikan dengan sempurna.”

 

“‘KidZ vs Food 2.0’ diperkenalkan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak merasai sendiri keseronokan aktiviti masak memasak, serta memberi inspirasi kepada mereka untuk menyertai aktiviti yang disediakan. Kanak-kanak boleh cuba memasak sendiri resepi-resepi mudah dalam sesi Pop-up Kitchen kami,” tambahnya.

masak memasak

Kanak-kanak Seronok Belajar Masak Memasak

Di samping itu, Shahrul Nizar memberitahu bahawa menerusi resepi yang mudah dan ringkas ini, mereka akan berasa lebih yakin untuk menyediakan hidangan yang boleh dinikmati bersama keluarga.

 

Para tenaga pengajar akan berkongsi tip dan idea masakan, contohnya hidangan yang boleh disediakan untuk keluarga ketika majlis istimewa, atau cara untuk menghias hidangan ringkas agar ia kelihatan lebih lazat!

 

Bukan itu saja, dengan menerapkan elemen menyeronokkan dalam makanan seperti melalui sesi Food Art dan Food Science, kanak-kanak akan lebih berminat dan teruja untuk menunjukkan kemahiran memasak kepada ibu bapa mereka.”

 

Program ‘KidZ vs Food 2.0’ yang bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak memasak untuk ibu bapa mereka turut mendapat kerjasama daripada rakan-rakan industri seperti Young Chefs Academy, SHARP, Canon, F&N, dan Lifebuoy yang menyokong usaha tersebut.

 

Menerusi Cooking Workshop yang diadakan pada hujung minggu, chef-chef profesional daripada Young Chefs Academy akan berkongsi ilmu dan kepakaran mereka dalam bidang masakan dengan berkongsi resepi pencuci mulut dan savuri bersama peserta.

 

Kanak-kanak juga berpeluang menyertai pertandingan ‘KidZ vs Food 2.0’ dan bakal memenangi baucar kelas memasak di Young Chefs Academy yang memberi mereka peluang untuk mempelajari lebih banyak tip hidangan ringkas dan sihat di sekolah memasak untuk kanak-kanak tersebut.

 

“Program seperti ‘KidZ vs Food 2.0’ adalah cara terbaik untuk menarik minat kanak-kanak,” kata Chef Selebriti, Brian Chen dan Pengasas Young Chefs Academy.

 

“Kanak-kanak akan berasa lebih teruja untuk memasak apabila mereka mempelajari bagaimana sesuatu hidangan disediakan. Mereka perlu dididik tentang asal usul bahan makanan, cara ia terhasil dan bagaimana ia dihasilkan sebelum dijual di pasaraya. Ini akan menjadikan mereka lebih seronok untuk menerokai dunia makanan.”

 

“Untuk permulaan, kongsikan hidangan yang ringkas serta yang digemari oleh kanak-kanak. Saya pasti mereka akan berasa bangga dengan hasil air tangan sendiri dan seterusnya menjadi lebih berminat untuk bereksperimen dengan pelbagai jenis bahan untuk mencipta hidangan mereka sendiri,” tambah Chef Brian.

masak memasak

‘KidZ vs Food 2.0’ akan menampilkan empat segmen berbeza untuk aktiviti hari biasa dan hari minggu seperti Pop-up Kitchen, Food Science, Food Art dan Cooking Workshop.

 

Melalui aktiviti tersebut, kanak-kanak akan mempelajari aspek-aspek berbeza dalam penyediaan makanan melalui panduan-panduan mudah dan penggunaan peralatan dapur sewaktu masak-memasak.

 

Mereka akan mempelajari tentang adab ketika makan, mencuba eksperimen sains dan memperoleh tip serta nasihat daripada chef-chef profesional. Setiap aktiviti menjanjikan pengalaman sukar dilupakan untuk kanak-kanak dan ibu bapa.

 

Ada Banyak Hadiah Menarik!

Di samping aktiviti-aktiviti menyeronokkan, keluarga juga boleh menyertai pertandingan yang menarik!

  1. Kanak-kanak boleh berkongsi kisah mereka tentang hidangan yang dimasak di rumah menerusi Online Essay Contest; pemenang akan menerima tiket daripada KidZania dan baucar kelas masakan daripada Young Chefs Academy!
  2. Tunjukkan kemahiran fotografi makanan dalam Parent-Kid Food Photography Contest – peserta perlu menghias makanan, merakam gambar kreatif dan memaparkannya di laman rasmi Facebook KidZania Kuala Lumpur. Tiga gambar terbaik akan memenangi hadiah yang bernilai lebih daripada RM1, 000 termasuklah barangan daripada CANON dan KidZania!
  3. Ibu bapa boleh mengambil bahagian dalam Teh Tarik Challenge yang akan diadakan pada setiap hujung minggu. Mereka berpeluang menunjukkan skil “menarik teh” mereka dan memenangi baucar dan barangan daripada F&N dan Fish & Co, serta tiket daripada KidZania!

masak memasak

Apa tunggu lagi. Jom ajak anak-anak anda ke Kidzania untuk mengalami sendiri pengalaman masak memasak yang sungguh menyeronokkan!

 

Laman Web: KidZania Kuala Lumpur

Facebook: KidZaniaKualaLumpur

BACA: KIDZANIA KUALAI LUMPUR PERSEMBAHKAN KIDZ & TECH 2.0