PURINA LANCAR KEMPEN ‘Make a PAWSitive Difference’

Selari dengan pemahaman mengenai bagaimana haiwan peliharaan menjadi sebahagian integral dalam kehidupan keluarga moden, PURINA telah melancarkan kempen ‘Make a PAWSitive Difference’ (Membawa Perubahan PAWsitif) baru-baru ini.

Objektif utamanya adalah untuk memperkasakan pemilik haiwan peliharaan dengan inovasi dan pengetahuan yang akan membantu mereka membuat pilihan yang lebih baik dan lebih bermakna. Secara tidak langsung ia akan membawa perubahan positif ke dalam kesihatan dan kesejahteraan haiwan peliharaan mereka.

Kempen  yang dilancarkan  di Sunway  Nexisini dimulakan dengan perbincangan  panel bersama pakar-pakar industri. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan serta kehadiran selebriti Bujibu Chempel, Johan and his cats dan The Als Malaysian Cat. PURINA bersama pakar dan selebriti ini memperlihatkan inovasi baharu PURINA dan memberikan nasihat mengenai kesihatan dan interaksi kucing.

“Semenjak 85 tahun, PURINA berpegang teguh pada kepercayaan bahawa haiwanpeliharaandan tuan mereka melangkapi  satu  sama lain.Ini  telah  memberi  inspirasi  kepada  kami  untuk  terus menambah  baik pemakanan haiwanpeliharaan, dan hari  ini,  kami  dengan  bangganya  melancarkan  tiga  inovasi  baharu,  iaitu PURINA  ONE, Fancy Feast, dan Felixsebagai sebahagian daripada kempen ‘Make a PAWsitve Difference’(Lakukan Perubahan Positif) kami.

kempen

Kempen Sokong Inovasi Baharu Purina

Inovasi ini dibuat dengan mengambil kira nutrisi haiwan peliharaan  anda dan dengan  itu mengandungi ramuan yang sewajarnyadan berkualiti,yang diperlukan oleh haiwan peliharaan anda untuk kekal aktif dan sihat,” kata Lam Pui Yuee, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Purina Petcare, Nestlé Purina Malaysia.

Dengan PURINA  ONE, pemilik  kucing  dapat  melihat  perubahan  ketarapada  kucing mereka dalam masa tiga minggu. Sejak minggu pertama, pemilik boleh melihat kucing merekalebih bertenaga dan sistem penghadaman yang lebih sihat pada minggu kedua. Pada minggu ketiga, mereka dapat melihat bulu kucing mereka lebih berkilat.

Purina ONE mengandungi ramuanberkualiti tinggi dengan lebih 30% protin, di manadagingmerupakan ramuan utama. Memahami bahawa kucing menggemari pelbagai makanan tekstur yang berperisa lazat, Fancy FeastDry Gourmet Food kini boleh didapati dalam bungkusan lebih besar untuk menambah kemudahan.

Bersama dengan pelbagai pilihan  Makanan  Basah, Fancy  FeastDry  Gourmet  Food melengkapkan pengalaman kuliner  makanan  yang digemari oleh kucing. Ini terbukti apabila Fancy Feast menjadi pilihan kucing selebriti Malaysia, Bujibu Chempel.

Makanan basah Felixbaharu, dibuat berlandaskan resipi Jepun, ia mengandungi ketulan daging panggang dalam jeli perang keemasaan dengan bau yang menambah selera. Felix boleh didapati dalam enam jenis –Tuna untuk kucing dewasa, Salmon, Ayam, Makerel, Sardin dan Tuna untuk anak kucing.

Selain daripada itu, semua produk makanan kucing PURINA disahkan ‘SUCI BERSIH’. Ini bermakna semua ramuan yang digunakan mematuhi Undang-Undang Syariah. Logo yang dipaparkan pada bungkusan telah diluluskan oleh Islamic Food Research Centre (Hong Kong) Co., Ltd., ahli Majlis Halal Dunia.

kempen

Keperluan Nutrisi Kucing

Untuk membantu pemilik haiwan peliharaan memahami nutrisi secara lebih baik, PURINA telah menjemput Dr Hasliza  Abu  Hassim, pensyarah kanan  yang  bertugas di  Jabatan Sains  Praklinikal  Veterinar, Universiti Putra Malaysia untuk  berkongsi pengetahuan nutrisi haiwan peliharaan.

Semasa perbincangan panel, Dr Hasliza menjelaskan  jenis-jenis  makanan  yang  sesuai  dimakan oleh  kucing.  Beliau juga menekankan kepentingan pemahaman keperluan nutrisi kucing dan manfaat pemberian makanan kucing daripada sisa makanan manusia.

“Pada zaman sekarang kita sering dihujani pelbagai maklumat dalam talian dan luar talian, hampir mustahil untuk kita  mengetahui  maklumat  betul  yang  patut  kita  ikuti. Oleh  itu, kami  teruja  dengan  kehadiran Dr  Hasliza dan Johan di sini bersama kami untuk memberi nasihat dan menceritakan pengalaman mereka kepada pemilik haiwan peliharaanuntuk membantu mereka lebih memahami  keperluan haiwan peliharaan masing-masing dan membawa perubahan PAWsitif dalam haiwan peliharaan,” kata Pui Yuee.

PAWS  Animal Welfare Society  (PAWS)berada di kempen untuk meningkatkan  kesedaran orang  awam tentang adopsi haiwan, mendidik orang  ramai tentang  cabaran  operasi  tempat  perlindungan  haiwan, dan  sumbangan yang  boleh  diberi oleh  orang  ramai. Ini dilakukan melalui  aktiviti di  gerai  mereka dan melalui sesi perkongsian oleh pengurus perlindungan PAWS, Edward Lim.

kempen

Sempena  pelancaran inovasi dan produk baharunya, PURINA bakal membekalkan makanan haiwan peliharaan kepada PAWS (Persatuan Kebajikan  Haiwan) untuk 100 haiwan peliharaan selama 100 hari, dengan harapan haiwan ini akan mendapat nutrisi secukupnya dan memastikan mereka kekal sihat.

Bukan itu sahaja, PURINA juga telah menyumbangkan 12% daripada jumlah jualan produk di laman Shopee pada 1hb hingga 12hb Disember 2018 lalu kepada PAWS. Ini adalah sebahagian daripada komitmen PURINA untuk kempen ‘Make a PAWSitive’ difference’ ini.

(Visited 3,364 times, 1 visits today)