QUAKER OATS KONGSI RESIPI BARU DENGAN QUAKER OATS FOR RICE

Sempena Tahun Baru Cina, Quaker Oats berkongsi resipi baharu yang menunjukkan betapa mudahnya menggunakan Quaker Oats for Rice, yang memang sesuai untuk makan malam seisi keluarga yang dilengkapi dengan kebaikan gandum. 

 

Bertemakan konsep Share The Oats, Share The Ong, Quaker Oats for Rice menampilkan kelainan hidangan yang khusus untuk dimasak dengan beras iaitu masakan yang lazat dan berkhasiat seperti Ayam dan Cendawan dengan Nasi dan Oat, Nasi Keladi Hokkien, dan Nasi Tomato Seafood yang pasti akan menarik perhatian ahli keluarga.

 

Diperbuat daripada gandum Australia yang asli, Quaker Oats for Rice kaya dengan Serat, dan mengandungi tahap Protein & Magnesium yang tinggi serta menjadi sumber Besi & Vitamin B12.

 

Quaker Oats

Ayam Dan Cendawan Dengan Nasi & Oat

Bahan-Bahan:

  • ¾ cawan (180g) beras putih atau perang
  • 9 sudu besar (90g) Quaker Oats for Rice
  • 1 ¾ cawan (400ml) air untuk memasak nasi dalam periuk nasi
  • ½ ayam (500g) tanpa kulit dan lemak, dipotong menjadi kepingan kecil
  • 6 cendawan Cina, direndam sehingga lembut, dipotong separuh
  • 1 sudu besar halia, dicincang
  • 1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
  • 1 sudu teh lada putih
  • 1 ½ sudu besar minyak masak

 

Perapan ayam:

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • ¾ sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula

 

Kaedah:

  1. Marinate kepingan ayam dengan perisa dan ketepikan seketika.
  2. Panaskan 1 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis halia selama 1 minit, tambah bawang putih, dan tumis hingga perang keemasan.
  3. Masukkan kepingan ayam dan cendawan. Kacau rata selama 2-3 minit. Tambah 1 cawan air panas.
  4. Masak kuah sehingga mendidih, kecilkan api dan tutup kuali dan masak selama kira-kira 15 minit atau sehingga ayam dimasak.
  5. Tambah 1 sudu teh lada putih.
  6. Campurkan beras putih atau perang dengan Quaker Oats for Rice dan 1 ¾ cawan air dan masak nasi dalam periuk nasi. Selepas kira-kira 10 minit, masukkan campuran ayam ke dalam periuk nasi. Jangan kacau sehingga nasi dimasak. Apabila nasi sudah masak, kacau dan hidangkan.

 

Quaker Oats

Ikan Oat Goreng Dengan Sos Lemon

Bahan-Bahan:

  • 5 sudu besar Quaker Instant Oatmeal
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 300g filet ikan, dibasuh dan dipotong menjadi kepingan kecil
  • 2 putih telur, dipukul sehingga gebu
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh lada putih
  • 1 sudu besar minyak masak

Sos Lemon:

  • 5 sudu besar jus lemon
  • 12 sudu besar air
  • 2 sudu teh gula
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh kulit lemon yang dihiris nipis

 

Kaedah:

  1. Campurkan oat, tepung gandum, garam dan lada.
  2. Masukkan ikan dalam telur terlebih dahulu dan kemudian dalam campuran oat.
  3. Apabila semua kepingan ikan disalut dengan campuran oat, goreng kepingan-kepingan dalam kuali.
  4. Tutup kuali dan masak dengan api yang kecil sehingga kedua-dua belah kepingan ikan menjadi perang keemasan dan garing.
  5. Hidangkan kepingan ikan dengan sos lemon.

 

Sos Lemon:

  1. Rebus jus lemon, air dan gula. Masukkan tepung jagung, kacau sehingga campuran menjadi pekat.
  2. Tambah kulit lemon dan masak selama 1 minit.
  3. Hidangkan dalam mangkuk kecil.

 

Facebook:  QuakerMalaysia

Laman web: Quaker.com.my

BACA: SIHAT DAN PERKASAKAN HARI ANDA DENGAN QUAKER OATS