Rahsia Kehangatan Ranjang Waktu Malam Pilihan Wanita!

Seks hebat waktu malam hari? Antara siang dan malam tentu ada beza. Ramai wanita memilih inginkan kehangatan ranjang pada malam hari dengan alasannya yang tersendiri!

 

Sungguhpun begitu, bukan bermakna, pagi atau siang hari adalah waktu yang kurang tepat untuk berasmara. Tetapi ramai, khususnya wanita memilih malam hari sebagai momen terindah untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan.

 

Pada waktu itu kebanyakan wanita cukup bersemangat dan sudah bersedia untuk berasmara. Ternyata ada beberapa keuntungan yang dapat diperoleh pasangan ketika melakukan hubungan seksual di malam hari.

 

Berikut adalah beberapa alasan wanita memilih kehangatan ranjang di malam hari:

  1. Lebih Tenang

Malam hari dianggap sebagai waktu yang paling tepat kerana mood relaks mula menjalar pada tubuh dengan sempurna.

Dalam keadaan yang cukup relaks dan tenang, anda dan pasangan dapat menikmati kenikmatan seksual yang luar biasa.

 

 

  1. Punya Keyakinan Diri

kehangatan ranjangKegelapan dapat mengurangkan rasa rendah diri wanita dan sebagainya. Pada ketika ini, anda tidak akan sedar tentang warna kulit atau tubuh serta kekurangan diri anda dan juga pasangan kerana dalam keadaan yang gelap.

 

Semua ini akan meningkatkan lagi keyakinan diri dan menangkis perasaan malu yang ada dalam diri wanita.

 

 

  1. Lebih Sensitif

kehangatan ranjangRasa sensitif dan juga ghairah wanita terhadap sentuhan akan lebih meningkat ketika melakukan hubungan seksual pada malam hari.

 

Suasana gelap atau samar-samar, akan membuatkan seluruh pancaindera berfungsi dengan baik untuk meningkatkan lagi keromantikan wanita.

 

 

  1. Peluang Untuk Mengandung Lebih Tinggi

Seks hebat pada malam hari juga memberikan peluang kepada wanita untuk hamil atau mengandung lebih cerah.

 

Ketika seorang wanita berbaring dan tidur setelah melakukan hubungan seks, potensi untuk mengandung akan meningkat.

 

 

  1. Tidur Menjadi Lebih Nyenyak

kehangatan ranjangBukan senang bagi wanita untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dalam masa yang singkat. Namun, jika seseorang memulakannya dengan kemanisan bercinta, maka otak akan menghilangkan hormone oxytocin yang mengundang stres.

 

Seks merupakan salah satu penawar paling berkesan untuk mengatasi masalah sukar tidur dan insomnia. Sepanjang proses itu, tubuh akan terbuai-buai dengan perasaan yang lebih sangat sehingga membantu wanita untuk tidur lebih mudah.

 

 

  1. Meredakan Sakit Kepala

seks hebatMelakukan hubungan seksual pada waktu malam juga boleh menjadi salah satu langkah efektif untuk  para wanita menghilangkan sakit kepalanya.

 

Pelepasan hormon endorphin, merupakan ubat yang mampu meredakan rasa sakit yang dialami oleh tubuh.

 

 

  1. Awet Muda

Hubungan seks yang dilakukan di malam hari, paling kurang tiga kali seminggu dikatakan mencegah kedutan semulajadi serta keanjalan kulit juga menjadi lebih baik.

 

Ketika melakukan hubungan seks, perjalanan darah wanita menjadi lebih lancar dan pelepasan hormon endorphin juga memberikan kebaikan pada kulit.

 

Apapun, waktu terbaik untuk menikmati kehangatan ranjang pada dasarnya bergantung pada anda dan pasangan.Apatah lagi jika hubungan tersebut sudah sah, tentunya anda dan pasangan bebas melakukannya pada bila-bila masa sahaja yang anda mahukan!

 

LIKE & SHARE MAMANET