Rahsia Suami Isteri – 5 Cara Nyala Gelora Nafsu!

rahsia suami isteriRahsia Suami Isteri. Tentu ada di antara kita yang dalam diam-diam memendam rasa hati disebabkan kehangatan hubungan seks yang semakin pudar. Lebih lagi, kalau dah bertahun kahwin!

Adakah anda turut mengalami masalah kehambaran nikmat yang sering menjadi rahsia suami isteri ini? Jika “YA” anda perlukan cara jitu untuk kembali membangkitkan gelora nafsu anda dan pasangan.

Dikupas daripada buku bertajuk “Save Your Marriage In Five Minutes a Day’, karya Jacobsen, Ph.D menyatakan, perhatian khas yang diberikan kepada pasangan dalam masa lima minit sehari sudah cukup untuk membangkitkan kembali ghairah bercinta yang sering menjadi cerita rahsia suami isteri.

 

Semak lima trik RAHSIA SUAMI ISTERI yang akan membuatkan kehidupan seks anda dan pasangan kembali ‘hot’, ala-ala seperti mood pengantin baru!

Baca juga: Cuba pegang perut anda sekarang, rasa-rasa ada banyak lemak tak? Kalau ada, jom praktik tiga Cara Cepat Menghilangkan Lemak Di Perut yang Mamanet suka amalkan ini.

 

1.Berikan Renungan Manja Lagi Menggoda

Pepatah lama ada menyatakan, dari mata turun ke hati. Mata adalah jendela jiwa dan pasangan anda tentu akan memahami perasaan cinta anda kepadanya melalui mata. Ketika  anda menikmati makan malam bersama, cuba berikan renungan atau tatapan yang paling manja dan menggoda. Percikan asmara sewaktu anda berdua bergelar suami isteri pasti akan terasa.

 

  1. Jangan Lupa Pakai Baju Seksi!rahsia suami isteri

Luangkan masa untuk membuatkan diri anda semakin seksi, sama ada fizikal mahupun mindset. Macam-macam cara yang boleh anda lakukan, asalkan jangan ada rasa malas!

Adakalanya perubahan yang kecil mampu memberikan impak yang besar. Salah satunya adalah dengan memakai baju tidur seksi! Jika anda berasa tidak selesa dengan penampilan baju tidur cukup seksi, anda boleh mengenakan pakaian tidur yang tertutup. Tetapi pastikan materialnya lembut, nipis dan mampu menunjukkan lekuk tubuh anda supaya dapat menembusi pandangan matanya.

Selain itu, salah satu bahagian penting  untuk menikmati rahsia suami isteri di tempat tidur adalah kekuatan mental. Perkara ini jelas menunjukkan betapa besarnya pengaruh fikiran bagi tubuh wanita. Semakin anda berasa seksi dan relaks, semakin bergelora keinginan anda untuk berasmara. Semakin anda terangsang, semakin nikmat seks yang anda peroleh.

 

  1. Yakinkannya Dengan Ketulusan Cinta Anda

Sentiasa ingatkan diri anda bahawa pasangan anda adalah satu-satunya insan di dunia ini yang dapat memuaskan keperluan seksual anda. Serapkan dalam fikiran anda bahawa dialah insan yang anda pilih untuk dicintai dan paling memahami hati dan perasaan anda. Sedikit sebanyak perasaan tersebut akan menghangatkan kembali rasa cinta anda yang mulai pudar dalam perkahwinan.

 

Baca juga: Penyebab Vagina Gatal. Confirm! Tentu ramai yang nak tahu apa punca ataupun yang menjadi penyebab Miss V anda terasa amat gatal dan ‘mengenyam’!

 

  1. Sama-Sama Mencipta Kebahagiaan

Keletihan yang disebabkan oleh kesibukan kerja seharian adakalanya terbawa-bawa sehingga balik ke rumah. Sungguhpun begitu, anda dan pasangan perlu menikmati waktu bersama, sekalipun lima minit!

Sisihkan waktu untuk duduk bersama dan bersembang cerita-cerita kelakar dan menarik. Ketawa bersama bukan sahaja menceriakan suasana, malahan mampu menghangatkan kembali emosi cinta anda berdua. Biarlah semakin hari, semakin sayang walaupun usia perkahwinan anda sudah berbelas tahun lamanya.

 

  1. Buat Kejutan Manis

Ingat tau, rahsia suami isteri yang satu ini, tak ada alasan yang menyatakan seks hanya terbatas di dalam bilik tidur dan harus dilakukan sebelum hendak tidur. Hubungan seksual akan menjadi ‘superb’ apabila anda benar-benar mahukannya!

Untuk seks yang lebih ‘hot’ anda hanya perlukan saluran untuk mengalirkan energi seksual, memfokuskan gerakan tangan serta memberikan diri anda bersatu dalam setiap gelora asmara itu.

Selain itu, kerdipan mata atau sentuhan manja di telinganya juga cukup bermakna. Ia merupakan signal atau petanda yang mampu menjelaskan anda sebenarnya sedang mengajak pasangan anda berasmara. Adakalanya bahasa tubuh jauh lebih cepat  untuk memberi gambaran tentang keinginan seseorang itu daripada ungkapan lisan.

 

Sekalipun seks bukan segala-galanya dalam perhubungan, tetapi ia menjadi salah satu jalan untuk  mengikat hati kedua pasangan suami isteri serta menjadi kunci keharmonian dalam rumahtangga.

Leave a Reply