RAIKAN MAKAN MALAM KRISMAS DI CONCORDE HOTEL SHAH ALAM

Disember sudah menjelma. Apa lagi acara hebat yang sering dinantikan kalau bukan sambutan Hari Natal atau Christmas Eve. Jika anda mencari hidangan halal untuk meraikan hari Krismas bersama teman-teman atau sanak-saudara, Melting Port Café Concorde Hotel Shah Alam adalah lokasi terbaik.

krismas

 

Christmas Eve Buffet Dinner (24 Disember) boleh ditempah pada harga RM120 nett setiap seorang dan kanak-kanak berusia 4-12 tahun serta waha emas akan mendapat diskaun masing-masing sebanyak 50% dan 30%.

krismas

 

Manakala untuk sambutan Krismas pada 25 Disember. Harga Christmas Day Buffet Hi-Tea adalah RM70 nett seorang. Sementara harga Christmas Day Buffet Dinner ialah RM80 nett seorang.

krismas

Hidangan Hari Krismas terdiri daripada:

Traditional Pate, Avocado and Shrimps Salad

Roasted Beef Au Jus Dressing

Premium Roast Whole Turkey with Mushroom and Goblet Sauce

X’mas Log Cake

X’mas Fruits Cake

Ginger Bread Bell House

krismas

 

Makan Selagi Anda Mahu!

Team 123mamanet.com telah berpeluang untuk merasai sendiri kenikmatan hidangan sempena Krismas ini. Jom tengok apa yang kami makan!

Pembuka mulut yang dihidangkan sewaktu food review – Chicken liver pate and salmon with caviar. Hidangan ini merupakan menu untuk makan malam Cristmas Eve.

krismas

 

Hidangan kedua yang kami nikmati – Pumpkin butternut Soup.

krismas

 

Hidangan utama kami ialah Seafood Lasagna, Saute Brussels Sprout. Lamb Shank with Black Pepper Sauce dan Yorkshire Pudding and Salmon with Cream Butter Sauce.

krismas

 

Tidak ketinggalan ais krim dan kek buah yang merupakan hidangan wajib Krismas. Terima kasih Chef-chef semua, buat susah-susah aje.

krismas

krismas

 

Jika mahukan kelainan dengan menu biasa atau mengidam nak makan ayam belanda panggang, apa kata anda tempah tempat duduk anda pada malam menjelas Krismas atau pun pada keesokan harinya.

 

Kemeriahan Dilanjutkan ke Tahun Baru

Tidak ketinggalan, Concorde Shah Alam turut menyediakan hidangan menarik sempena sambutan Tahun Baru 2019. Bawalah rakan-rakan dan keluarga untuk menikmati New Year Hi-Tea. Raikan diri anda semua dengan keenakan hidangan buffet yang disediakan istimewa oleh pakar kulinari bermula dari tengah hari hingga 4.30 petang. Harga hanya RM70 nett seorang.

Jika tidak sempat hendak menempah hidangan Hi-Tea, anda boleh dapatkan tawaran New Year Dinner. Pelbagai menu istimewa disediakan oleh Chef terbaik bermula dari jam 7 malam hingga 10.30 malam. Harga hanya RM80 nett seorang.

kirsmas

Bersama team PR Concorde Hotel Shah Alam, Amy dan Haliza. Terima kasih atas layanan yang sentiasa mesra terhadap Media dan Blogger.

 

 

(Visited 7,139 times, 1 visits today)