RAWATAN DIABETES JENIS 2 VICTOZA® DARI NOVO NORDISK

Rawatan diabetes (kencing  manis) Novo Nordisk,Victoza®(liraglutide), telah dibuktikan  secara klinikal untuk mengurangkan beban jantung dan buah pinggang penghidap diabetes, lantas memberikan masa depan yang lebih cerah kepada mereka. 

 

Victoza®adalah  satu-satunya agonis  peptida-1 mirip glukagon (GLP-1) yang disyorkan untuk mengurangkan risiko tiga kejadian kardiovaskular buruk – serangan  jantung yang tidak mengakibatkan kematian, strok yang tidak membawa maut dan kematian kardiovaskular.

 

Menurut  Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi  Kebangsaan  2015, kira-kira  3.6  juta pesakit atau 17.5%  daripada  keseluruhan  penduduk negara kini mengalami  diabetes, menjadikan penyakit tersebut beban kepada masyarakat Malaysia.

 rawatan diabetes

Jenis dan Rawatan Diabetes

Terdapat tiga jenis diabetes yang utama, tetapi yang paling ketara adalah diabetes jenis 2 yang merangkumi lebih daripada 90% daripada semua kes diabetes.

 

Diabetes jenis 2 berlaku  apabila  pesakit yang  boleh menghasilkan  insulin,  tetapi  sel-sel badannya tidak menggunakan insulin dengan  sebaik  mungkin, menyebabkan  pengumpulan  gula  dalam darah.

 

Diabetes jenis  2 mungkin tidak dapat dikesan  selama  beberapa  tahun  sehingga kerumitan  berlaku atau pemeriksaan  rutin dijalankan. Menurut  Persekutuan  Diabetes Antarabangsa, dalam  anggaran1.8 juta rakyat Malaysia kini menghidap  diabetes  tanpa diagnosis. Apatah lagi mendapatkan rawatan diabetis yang dialami mereka.

 

Victoza® adalahGLP-1 analog yang disyorkan untuk rawatan penghidap dewasa diabetes jenis 2. Ia telah dibuktikan secara klinikal dapat mengurangkan paras glukosa darah dan dikaitkan dengan pengurangan kecil dalam berat dan tekanan darah.

 

Baru-baru  ini, Victoza®telah  diluluskan  di  Malaysia dengan satu indikasi baharu untuk mengurangkan risiko  kematian  kardiovaskular, serangan    jantung yang tidak mengakibatkan  kematian dan  strok  tidak  membawa  maut  dalam kalanganpesakit diabetes jenis 2 – hanya satu rawatan GLP-1 yang disyorkan untuk tujuan ini.

 

Kegunaan ini diluluskan selepas kajian  penting Kesan dan Tindakan Liraglutida dalamDiabetes:  Penilaian Hasil Keputusan Kardiovaskular (LEADER) yang membabitkanlebihdaripada9,300 penghidap  diabetes  jenis  2.  Kajian  tersebut menunjukkan bahawa Victoza®dapat mengurangkan  risiko  titik  akhir tiga  komponen secara  ketara, iaitukematian  kardiovaskular,  serangan  jantung  tidak  membawa  maut  atau  strok  tidak membawa maut, sebanyak 13% berbanding plasebo, dengan pengurangan risiko mutlak sebanyak 1.9%7.

 

Selain itu, Victoza® telah dibuktikan untuk mengurangkan risiko kejadian mikrovaskular renal berbanding  pesakit  yang menerima  placebo. Seterusnya, pesakit  buah  pinggang yang ringan, sederhana dan teruk tidak memerlukan pelarasan dos untuk Victoza®.

 

“Salah satu perkara yang merisaukan adalah  peningkatan  bilangan  pesakit  muda  yang didiagnosis menghidap diabetes. Perkara ini membimbangkan kerana pesakit yang lebih muda mempunyai risiko  yang lebih tinggi untuk  mengalami kerumitan pada peringkat awal.

 

Penghidap diabetes jenis  2  mungkin  menghidapi penyakit  kardiovaskular teruk seperti serangan jantung,  kegagalan jantung dan strok dan pesakit diabetes mempunyai  kemungkinan  2 hingga 6 kali  lebih  tinggi untuk meninggal dunia akibat kerumitan kardiovaskular.

 

Di  samping  itu,  diabetes  juga  merupakan  punca  utama penyakit buah  pinggang,  dengan anggaran1 daripada 4 dewasa  yang  menghidapi diabetes  mengalami  kerosakan  buah  pinggang,” kata Dr  Zanariah  Hussein,  Pakar Runding Endokrinologi, Hospital Putrajaya.

 

Pesakit Diabetes Jenis 2

“Pesakit diabetes jenis 2 biasanya tidak menyedari bahaya penyakit jantung. Kerumitan seperti  sakit  jantung  koronari  dan  kegagalan  jantung  dialami  oleh penghidap  diabetes kerana  pengumpulan  plak  yang  menyekat  arteri,  lantas  mengurangkan  aliran  darah  ke jantung   dan   berpotensi   menyebabkan serangan   jantung. Tanpa   rawatan   yang sewajarnya, ia  menjadi sukar  untuk  menguruskan  kedua-dua penyakit ini  dengan berkesan,”  kata Dato’  Sri  Dr  Azhari  bin  Rosman, Pakar  Runding  Kardiologi, Institut Jantung Negara.

rawatan diabetis

“Rakyat Malaysia yang menghidap diabetes jenis 2 kini boleh mendapat peluang baharu dengan syor kegunaan  baharu Victoza® di  pasaran.  Sebagai  profesional  penjagaan kesihatan,  rawatan diabetis  ini  dialu-alukan  kerana ia bukan  sahaja  memberikan  tahap  kawalan yang lebih  baik  terhadap diabetes,  tetapi  juga  mencegah  kejadian  kardiovaskular  yang mungkin  membawa  maut  seperti  serangan  jantung,”  tambah Dr. Chan  Siew  Pheng, Pakar Runding Endokrinologi.

rawatan diabetes

“Di Novo  Nordisk, usaha  membantu  penghidap  diabetes mengatasi  cabaran  mereka adalah  sebahagian  daripada  warisan  kami yang menjangkau lebih  daripada 90 tahun, dan  kami ingin terus memenuhi  komitmen  ini. Victoza® adalah  rawatan  mapan  yang dipercayai untuk diabetes  jenis  2,” kata Richard Abela, Naib Presiden & Pengurus Besar (Malaysia, Singapura, Brunei, Sri Lanka dan Maldives), Novo Nordisk Pharma (M) Sdn. Bhd.

 

“Kegunaan  baharu ubat  yang mengurangkan  kejadian kardiovasuklar berkaitan adalah langkah  seterusnya dalam  usaha meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti kehidupan pesakit  Malaysia. Kami  berharap untuk  menginovasi dalam  pilihan  rawatan diabetes  yang  akan  menangani  aspek kritikal  penjagaanya yang menjangkaui usaha mengurangkan paras glukosa,” katanya lagi.

(Visited 12,357 times, 1 visits today)