JOM RAYA BERSAMA KIMBAL DAN SELEBRITI CHEF FIKREE AZNAN

Anda merancangan untuk mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya nanti?Mahu menikmati suasana rumah terbuka yang bebas daripada sebarang stress ataupun tekanan ketika membuat persiapan? Jom, raya bersama Kimball dan Selebriti Chef Fikree Aznan!

 

Sempena kempen Kimball yang bertema ‘Mudah dan Lazat, Hati Terpikat’, Kimball sedang menganjurkan satu peraduan bersama selebriti Chef Fikree Aznan untuk membawakan Jamuan Raya Kimball ke kediaman dua pengguna Kimball yang bertuah. Antara resipi-resipi yang akan disajikan ialah Gado-Gado Raya Kimball, Kurma Ayam dan Sayur Kimball bersama Nasi Tomato Kacang Kuda Kimball dan Kek Kurma Kimball yang boleh disaji untuk 10 orang.

 

Peraduan Bersama Chef Fikree Cari 52 Pemenang Bertuah

Sebagai tanda penghargaan Kimball kepada pengguna setianya, dua pemenang hadiah utama juga akan menerima hamper barangan Tupperware bernilai RM1,000 setiap satu. Terdapat juga hamper Tupperware bernilai RM268 untuk 50 lagi pemenang saguhati.

 

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli produk Kimball bernilai RM10 dan ke atas dalam satu resit, jawab satu soalan mudah dan hantarkan jawapan anda bersama butiran peribadi melalui Whatsapp ke +6016.454.7909.

 

Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Malaysia. Cepat,  sertai peraduan ini sebelum tarikh tutupnya pada 10 Jun 2018.

 

Untuk informasi lanjut serta terma dan syarat peraduan Kimball ini, sila layari laman web Kimball di http://www.kimball.com.my/ atau Facebook Kimball di https://www.facebook.com/KimballMalaysia/!