PELUANG  REBUT GANJARAN EMAS DAN UMRAH BUAT PENGGUNA PASTIL AL-FATEH

Baru-baru ini telah berlangsung majlis pelancaran produk terbaru keluaran Al-Fateh Alami Sdn. Bhd. Produk Al-Fateh Junior merupakan makanan tambahan yang diformulasikan menjadi gula-gula pastil berperisa buah-buahan.  Majlis pelancaran produk ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohd. Radhuan Jaafar, Setiausaha Sulit Menteri Pembangunan Usahawan yang mewakili Menteri berkenaan dengan diiringi oleh Tuan Ariff Subri, Pengarah Urusan Al-Fateh Alami Sdn. Bhd.

Dalam teks ucapan Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang dibacakan oleh Radhuan, beliau dipetik sebagai berkata, “Kementerian telah menyambut baik usaha Al-Fateh Sdn. Bhd kerana telah menghasilkan produk tempatan yang berdaya saing.”

“Kementerian telah meletakkan sasaran 1 juta pekerjaan dalam tempoh 5 tahun dengan menghasilkan 50 ribu usahawan yang akan mewujudkan 200 ribu pekerjaan setiap satu. Kementerian akan memastikan setiap dasar dan program pembangunan usahawan yang dilaksanakan akan lebih fokus dan berkesan bagi meningkatkan sumbangan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)  kepada pertumbuhan ekonomi Negara, ” katanya lagi.

pastil

Mohd Radhuan Jaafar (kiri) bersama Ariff Subri sewaktu pelancaran produk Al-Fateh Junior.

Al-Fateh Pastil Halal dan Berkhasiat Pertama Di Asia

Sementara itu, Tuan Ariff Subri, 32, menjelaskan bahawa gula-gula pastil Al-Fateh Junior dihasilkan dengan gabungan pelbagai makanan berkhasiat seperti madu, delima, zaafaran dan kismis atau anggur kering. Ia dihasilkan untuk untuk kanak-kanak dan remaja yang pasti gemarkan rasanya yang enak.

Dengan menggunakan tagline, “Rasa Sedap, Minda Mantap’, Al-Fateh berhasrat menempatkan produk Al-Fateh sebagai pastil halal dan berkhasiat pertama di Asia. Selain Al-Fateh Junior, Al-Fateh turut mengeluarkan dua lagi produk iaitu Al-Fateh Gold dan Al-Fateh Candy.

pastil

pastil

Sempena Pelancaran Produk Usahawan Al-Fateh Junior, Al-Fateh turut memberi ganjaran kepada pengguna-pengguna produk yang sentiasa memberi sokongan kepada produk Al-Fateh dengan menawarkan hadiah-hadiah menarik.

“Kempen Beli dan Menang dengan hadiah bernilai RM40,000 adalah antara inisiatif Al-Fateh untuk menggalakkan pengguna mendapatkan produk Al-Fateh Junior. Kempen dalam bentuk peraduan ini telah pun berlangsung mulai 15 November hingga Februari 2019,” ujarnya.

Cara penyertaannya mudah sahaja. Pengguna dikehendaki membeli produk A- Fateh Junior dan menyemak di dalam penutup botol tersebut. Sekiranya di dalam penutup botol ada tertulis Goldbar atau Umrah, pengguna layak menebus hadiah tersebut dengan mengambil gambar dan whatsapp ke nombor 018 7934869.

pastil

Cipta Peluang Pekerjaan dan  Melahirkan Lebih Ramai Usahawan

Syarikat ini telah memulakan operasinya pada 2016 oleh Tuan Ariff bersama isteri,  Puan Farah Jawahir Mohammed Saharom di Batangkali, Selangor. Al-Fateh turut menerapkan minat berniaga di kalangan masyarakat dan mahu berkongsi kejayaan yang telah dicapai sepanjang 2 tahun produk Al-Fateh menembusi pasaran.

pastil

Syarikat ini telah berjaya membina 150 rangkaian stokis dan mempunyai  lebih 2000 ejen di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Al-Fateh telah menetapkan sasaran jualan sebanyak RM70 juta pada tahun 2019.

Perkembangan  ini telah membuka lebih banyak peluang kepada bakal usahawan untuk terlibat sama meluaskan pasaran produk Al-Fateh dan sekaligus meningkatkan taraf ekonomi masing-masing khususnya suri rumah dan ibu tunggal.

(Visited 13,564 times, 2 visits today)