RUGI KALAU TAK REBUT PAHALA BERZAKAT AKHIR TAHUN  

Tentu ramai di antara kita sudah mengetahui tentang pengertian zakat dan ia termasuk dalam bahagian Rukun Islam yang kelima. Malah ramai yang memang mahu rebut pahala dalam berzakat ni. Namun, zakat bukan hanya sekadar ibadah yang wajib kita sempurnakan, tetapi banyak kebaikan yang terkandung di dalamnya.

Segala kebaikan itu bukan hanya diperoleh oleh si penerima zakat. Bahkan, kita yang mengeluarkan zakat turut mendapat manfaatnya. Lagipun setiap harta yang dimiliki itu, ada hak orang lain ke atas harta tersebut. Jadi, janganlah kita lupa atau alpa  Mengeluarkan zakat itu juga merupakan satu elemen penyucian harta dan jiwa!

rebut pahala

Antara Kebaikan Berzakat Dalam Kehidupan Selain Dapat Rebut Pahala

  1. Membersihkan diri kita dari sifat kufur dan akhlak yang buruk serta mendidik diri supaya mempunyai sifat prihatin dan pemurah.
  2. Menolong insan-insan yang tidak mampu atau berupaya dan menderita kesusahan, supaya mereka dapat menunaikan kewajipan terhadap Allah dan terhadap orang lain.
  3. Membantu menjauhkan kejahatan-kejahatan yang mungkin ditimbulkan akibat dari kehidupan yang serba rumit dan miskin.
  4. Melahirkan rasa syukur kepada Allah di atas segala rezeki yang telah dikurniakan kepada kita.
  5. Merapatkan hubungan atau silaturrahim serta rasa kasih sayang di antara si kaya dan miskin. Menggapai rezeki yang lebih berkat serta menyempurnakan iman.

rebut pahala

Cepat-Cepatlah Tunaikan Zakat!

Andai kata sudah cukup atau memenuhi syarat nisab dan haulnya, segeralah tunaikan zakat.  Kadang-kadang, ada yang ingat zakat hanya perlu dilaksanakan pada bulan Ramadan sahaja (zakat fitrah), sedangkan zakat harta yang terdiri daripada zakat pendapatan, wang simpanan, emas, perak, saham, kwsp, perniagaan, ternakan, pertanian dan qadha zakat pun perlu ditunaikan.

Tahun 2018, bakal melabuhkan tirainya. Jadi, bagi anda yang masih belum berkesempatan untuk menunaikan zakat, atau masih ragu-ragu adakah anda layak untuk membayarnya, boleh memanfaatkan portal Zakat2u Versi 4.0. Siapa tak nak rebut pahala kan?

rebut pahala

Manfaatkan Kelebihan Portal Zakat2u 4.0

Sistem pembayaran zakat secara online  ini sudah wujud sejak  tahun 2011 lagi. Memandangkan teknologi hari ini semakin canggih, seiring juga dengan motonya, ‘PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat’, sistem online ini sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa.

Kemunculan portal Zakat2u 4.0 ini jelas membuktikan menambahbaikan ini secara tidak langsung memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran zakat secara dalam talian atau online.

Antara kelebihan yang telah disediakan menerusi portal penaikan tarafnya  adalah pengiraan zakat secara automatik yang lebih ringkas, melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa sama dengan penggunaan Troli Zakat.

Selain itu, penggunaan resit rasmi bayaran online sepenuhnya, bacaan doa untuk pembayar zakat atau muzakki, integrasi pembayaran zakat menggunakan peti perbualan (chatbot) Facebook Messenger dan video tutorial panduan pengiraan zakat.

rebut pahala

Aplikasi Ustaz Amil di peti perbualan Facebook Messenger

Apa yang menarik, turut diperkenalkan aplikasi Ustaz Amil di peti perbualan Facebook Messenger. Ustaz Amil akan melayan segala pertanyaan atau persoalan tanpa henti. Anda akan terus mendapat jawapan daripada setiap persoalan tentang zakat yang diajukan.

Bagi anda yang terlalu sibuk dan tidak sempat untuk datang ke PPZ-MAIWP, kini tiada alasan lagi untuk tidak membayar zakat. Kemudahan Zakat2u 4.0 wajar dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Ha, mudah sangatkan nak rebut pahala?

Semoga kita semua dapat merasakan kebaikan dari zakat yang sudah dikeluarkan, bukan hanya semata-mata di dunia, namun kebaikannya boleh kita rasakan di akhirat nanti. Insya-Allah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my

Talian zakat: 1300885757

 

(Visited 17,989 times, 1 visits today)