Reebonz dan Hayden Koh Berkolaborasi Untuk Skaf Edisi Terhad

Platform jualan dalam talian meluas bagi barisan barangan mewah baharu dan terpakai yang diyakini, Reebonz telah menjalinkan satu kerjasama dengan pereka fesyen tempatan, Hayden Koh bagi menghasilkan koleksi fesyen mewah yang mudah diperolehi.

 

Koleksi tersebut menggabungkan rekaan ringkas beliau bagi para wanita muda, kotemporari dan penuh keyakinan. Kerjasama ini bakal menghasilkan dua skaf kontemporari edisi terhad rekaan Hayden Koh yang diilhamkan daripada alam semulajadi dan direkalukis dengan cetakan yang halus. Ini dapat dilihat melalui gabungan fabrik dan tekstur yang dihasilkan Hayden dengan mengambil ilham daripada penyesuaian bunga-bungaan terhadap persekitaran alam.

 

Menurut Pengurus Kanan Pemasaran Global Reebonz, Cik Sharanjit Kaur, kerjasama terkini Reebonz dengan Hayden Koh adalah contoh terbaik syarikat dalam menyediakan ekosistem mewah sebagai platform untuk membolehkan lebih ramai lagi pereka fesyen tempatan yang sedang meningkat naik untuk mendapatkan pendedahan dan akses kepada lebih ramai pengguna yang menghargai kemewahan.

6 JENIS TUDUNG FAVOURITE HIJABERS, KLIK SINI

 

“Reebonz adalah sebuah platform bagi pencinta barangan mewah dan fesyen yang telah terbukti reputasinya melalui lebih 3 juta ahli berdaftar. Dengan platform yang luas ini, Reebonz bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada komuniti mewah tetapi juga menjadi saluran untuk mendedahkan pereka fesyen tempatan baharu serta untuk melonjakkan kerjaya mereka dengan menonjolkan rekaan mereka di Reebonz,” kata Cik Sharanjit.

 

“Malaysia mempunyai satu kelompok pereka fesyen berbakat seperti Hayden Koh yang memberikan impak reka cipta penting mengenai makna sebenar menjadi rakyat Malaysia yang bergaya dengan rekaan mereka yang selesa, bergaya dan mengikut selera semasa. Reebonz berbesar hati untuk bekerjasama dengan Hayden kerana keghairahannya dan pengaruhnya yang semakin meluas dalam industri fesyen tempatan. Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat memperkenalkan label pereka fesyen Malaysia kepada segment pasaran mewah,” tambah beliau.

 

Reebonz jadi platform untuk pereka fesyen tempatan

Hayden merupakan graduan Malaysia Institute of Arts dan SML Fashion Academy di Kuala Lumpur dan mempunyai perjalanan karier yang menakjubkan sebaik sahaja beliau tamat belajar. Bakatnya telah diberikan perhatian pada Minggu Fesyen Malaysia 2014 serta Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2015 – majlis peragaan fesyen yang khususnya menunjukkan bakat baru yang terbaik di kalangan pereka tempatan.

 

“Saya amat berbesar hati apabila Reebonz membawakan kerjasama istimewa ini kerana ia merupakan platform yang membolehkan akses kepada barangan mewah. Segmen mewah negara dipenuhi dengan jenama antarabangsa. Bagaimanapun, kerjasama ini menandakan satu pencapaian besar bagi pereka fesyen tempatan untuk mendekati komuniti mewah dan membawa label kami ke pasaran mewah,” kata Hayden.

 

Seiring dengan sambutan Tahun Baru Cina, Reebonz akan menghadiahkan skaf edisi terhad Hayden Koh kepada 120 pelanggan yang membuat belian sebanyak RM3,500 ke atas daripada 9 hingga 27 Januari 2017, serta kupon bernilai RM588 untuk pembelian seterusnya. Tawaran tersebut sah antara 28 Januari 2017 sehingga 10 Februari 2017 dan kupon bernilai RM588 (boleh digunakan dengan pembelian minima) ini akan diemelkan kepada pelanggan yang layak untuk tawaran tersebut.

 

Tags: