Resepi Ayam Masak Kurma Paling Senang & Sedap

ayam masak kurma

Kredit: resepibonda

BAU haruman tumisan rempah kurma sudah cukup membangkitkan selera. Belum lagi, rasa masakan Ayam Masak Kurma yang sudah siap dimasak, lazat sangat!

Cara memasaknya juga cukup mudah. Betul, tak percaya cubalah Resepi Ayam Masak Kurma yang chef Mamanet kongsikan ini.

 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Ayam Masak Kurma

  • Setengah ekor ayam ayam segar, dipotong-potong.
    ayam masak kurma

    Kredit: dapurnyonyantes

  • 1cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum buah pelaga

 

  • 2 cawan santan pekat
  • Setengah peket rempah kurma
  • Sebiji tomato (dibelah empat)
  • Sebiji kentang (dibelah empat)
  • Sedikit lobak merah (dipotong dadu besar)
  • 2 biji cili besar (hijau dan merah)
  • 2 biji bawang besar (dibelah empat)
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam/gula secukupnya

 

 

Bahan Untuk Dikisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 cm halia

 

Cara Memasak Ayam Masak Kurma

ayam masak kurma

Kredit: 2.bp.blogspot

 

  1. Panaskan minyak.

 

  1. Masukkan rempah tiga serangkai iaitu, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.

 

  1. Kemudian masukkan bahan kisar, kacau sehingga berbau harum dan kekuningan.

 

  1. Setelah itu, masukkan pula rempah kurma, dan kacau sehingga pecah minyak.

 

  1. Masukkan potongan ayam yang sudah dibersihkan, kacau sebati dan biarkan ianya masak seketika.

 

  1. Setelah itu, masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit air asam jawa.

 

  1. Kemudian masukkan santan, dan masaklah sehingga empuk.

 

  1. Biarkan mendidih sehingga masak, dan terakhir masukkan garam, bawang besar dan juga tomato serta cili besar tadi. Jika mengering, bolehlah tambah sedikit air dan biarkan ia mendidih kembali.

 

  1. Ok dah siap pun Ayam Masak Kurma. Boleh dihidangkan bersama nasi putih ataupun nasi Briyani.

 

Selamat mencuba Resepi Ayam Masak Kurma yang cukup lazat ini.

 

LIKE MAMANET DI FACEBOOK
(Visited 40 times, 1 visits today)