Resepi Biskut Coklat

Resepi Biskut Coklat DARI dapur Mamanet, dikongsikan  Resepi Biskut Coklat Ranggup yang cukup mudah untuk dibuat. Biarpun Resepi Biskut Coklat Ranggup ini terlalu ringkas, namun rasanya sangat enak dan nikmat. Sudah pasti ramai yang menyukai biskut coklat yang satu ini. Ranggup dan aroma coklatnya cukup menambat rasa.

Tak percaya? Anda kenalah cuba Resepi Biskut Coklat Ranggup ini ya. Untuk mendapatkan rasa coklat yang enak, sebaiknya gunakan serbuk koko yang berkualiti tinggi kerana ia akan membuatkan aroma coklat dan rasanya yang jauh lebih sedap.

 

Selamat Mencuba Resepi Biskut Coklat!

 

Bahan-Bahan:

I biji telur

400 gram gula icing

400 gram mentega

25 gram serbuk koko

80 gram tepung gandum

1 sudu teh esen vanilla

2 sudu teh serbuk penaik

 

Cara Membuat Biskut Coklat Ranggup:

 

  1. Pukul gula icing, telur, mentega dan serbuk koko sehingga kembang.

 

  1. Setelah itu, masukkan esen vanilla dan pukul lagi.

 

  1. Kemudian masukkan tepung gandum (sudah diayak bersama serbuk penaik) dan jadikan satu adunan.

 

  1. Gaul adunan sehingga sebati, uli dan terapkan adunan mengikut acuan kesukaan anda di atas loyang yang sudah disapu dengan mentega (nipis-nipis). Paling mudah buat bulat-bulat dan tepekkan lebih kurang saiz telapak tangan. Buatlah sampai habis.

Resepi Biskut Coklat

  1. Terakhir,bakarlah di dalam ketuhar sehingga masak (lebih kurang 20 minit) dengan suhu 160 darjah Celsius.
  1. Angkat biskut yang sudah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidang atau disusun dalam balang bertutup.

 

p/s: Anda boleh campurkan hirisan badam atau coklat chip mengikut cita rasa anda dan anak-anak.

Nota Editor: Ejaan sebenar resepi ialah resipi. Bagaimanapun atas tujuan keyword dan SEO, ejaan resepi terpaksa digunapakai. Harap maklum.

(Visited 11 times, 1 visits today)

Leave a Reply