JOM BUAT RESEPI BISKUT RAYA OAT PALING SEDAP!

Oatmeal merupakan makanan sihat yang bukan sahaja mengenyangkan. Malahan dapat mengurangkan kolesterol dan menjaga kadar gula darah dalam badan. Untuk Hari Raya 2018, apa kata anda cuba dua jenis Resepi Biskut Raya Oat yang cukup sedap ini.

 

Kedua-dua resepi Biskut Raya Oat ini dibawakan oleh Quaker Malaysia. Jadi, sudah pastilah sedap.

resepi biskuti raya

Biskut Onde-Onde Oat

Saiz Hidangan: 35

Bahan-Bahan

  • 130g Quaker Instant Oatmeal
  • 130g tepung
  • 20g kelapa parut kering
  • 20g serbuk santan
  • ½ sudu teh soda penaik
  • ¼ sudu teh garam
  • 125g marjerin
  • 30g gula perang
  • 50g gula kabung (gula melaka), diparut
  • 60ml minyak canola
  • 1 sudu teh ekstrak pandan (hijau)
  • Gula melaka cair (untuk hiasan)
  • Kelapa parut kering (untuk hiasan)

 

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan seketika ketuhar pada suhu 180°C. Kemudian lapik dua dulang pembakar besar dengan kertas silikon.
  2. Gaulkan tepung, kelapa parut kering, serbuk santan, oat, soda penaik dan garam dalam mangkuk. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang lain, pukul marjerin, gula perang, gula kabung, minyak dan ekstrak pandan dengan mesin pengadun. Pada kelajuan perlahan, tambahkan bahan-bahan kering, sedikit demi sedikit.
  4. Uli doh menjadi bebola kecil. Anda boleh menabur gula melaka parut dan kelapa parut kering di atas bebola sebagai hiasan.
  5. Bakar selama 12 minit atau hingga warnanya keemasan. Biarkan sejuk seketika. Hidangkan panas atau sejuk.

 

resepi biskuti raya

Biskut Campuran Bijiran Beri Biru

Saiz Hidangan: 40

Bahan-Bahan

  • 125g marjerin
  • 100g gula kastor
  • 1 biji telur
  • 150g tepung naik sendiri
  • ½ sudu teh soda penaik
  • 60g beri biru kering
  • ½ sudu teh garam laut
  • 120g Quaker Multigrain Cereal

 

Cara

  1. Prapanaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dulang pembakar dengan kertas silikon.
  2. Pukul marjerin dan gula dalam mesin pengadun hingga putih dan berkrim. Tambahkan telur. Masukkan tepung, beri biru dan garam. Gaul hingga sebati.
  3. Tuangkan Quaker Multigrain Cereal ke dalam mangkuk. Cedok sesudu teh penuh doh biskut. Golek doh dalam campuran bijiran supaya disaluti bijiran dan menjadi bentuk bebola.
  4. Letakkan bebola atas dulang dengan jarak satu inci antara satu sama lain untuknya berkembang.
  5. Bakar selama 15-18 minit atau sehingga warnanya keemasan. Alihkan ke redai kuih untuk sejukkan.

 

Demikianlah Resepi Biskut Raya yang menggunakan oat, dibawakan oleh Quaker Malaysia  dan boleh dicuba sendiri di rumah. Selamat mencuba!