Resepi Biskut Semperit Sedap dan Cair di Mulut

Resepi Biskut Semperit

Gambar: Internet

Resepi Biskut Semperit. Memandangkan tak lama lagi kita nak puasa dan menyambut Aidilfitri, Mamanet yakin yang anda semua tentu tercari-cari Resepi Biskut Semperit yang mudah dibuat serta sedap rasanya.

Biskut Semperit adalah kuih tradisional yang cukup popular di kalangan masyarakat Melayu dan masih mendapat tempat sebagai kuih trasional malar hijau (evergreen). Tak lapuk dek panas tak lekang dek hujan. Meskipun telah melalui era permodenan, selera kita masih kekal seperti dulu.

 

Semperet otai (all timer) ini merupakan pilihan paling meletop. Pembuat kuih semperet mampu tersenyum lebar setiap kali musim raya tiba. Mana taknya. Tempahan mampu mencapai puluhan ribu botol. Hebatkan penangan semperet ni?

 

Resepi Biskut Semperit yang Mamanet kongsikan ini, mungkin lain daripada resepi yang sedia ada. Resepi ini turun temurun (otai) daripada nenek moyang Mamanet dan telah diuji didapur Chef Mamanet. Memang sedap, berlemak dan juga ranggup!

 

Baca juga: Promosi Runtuh Buffet Ramadhan di Laman Kayangan

 

Resepi Biskut Semperit

Resepi Biskut Semperit

Bahan-Bahan:

  • 1 tin tepung jagung
  • 4 biji telur
  • Mentega 1/2 blok atau secukupnya.
  • ½ tin gula halus (sukatan ikut tin tepung jagung)
  • Setengah sudu kecil esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning
  • Hirisan ceri untuk hiasan.

 

Cara-Cara Membuat Biskut Semperit:

 

  1. Gaul tepung dengan gula halus sehingga rata.

 

  1. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul bersama esen vanilla dan pewarna kuning dengan menggunakan spatula bersama tepung dan gula yang telah diadun bersama tadi.

 

  1. Kemudian masukkan pula mentega dan uli sehingga lembut atau menjadi doh yang lembut menggunakan tangan.

 

 

  1. Setelah itu, masukkan ke dalam acuan semperit dan operasi untuk menekan kuih semperit ini bolehlah dilaksanakan. Letak hirisan ceri di atas setiap semperet.

 

  1. Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius.

 

  1. Bakar kuih semperit ini selama 15-20 minit, pada suhu 150 darjah celcius.

 

  1. Bila dah siap, sejukkan dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

 

Okay, selamat mencuba Resepi Biskut Semperit dan jangan lupa SHARE resepi ini dengan kawan-kawan anda. Resepi semperet ini telah dipelbagaikan. Ada semperet susu, semperet keju dan semperet pelangi. Pendek kata dengan sedikit kreativiti anda boleh hasilkan pelbagai jenis semperet kegemaran ramai.

 

Baca juga: Tempahan Semperet Otai Paling Laris  

Resepi Biskut Semperit

Leave a Reply