RESEPI BROWNIES MUDAH DAN SEDAP

JIKA ANDA PENGGEMAR BROWNIES, JANGAN TERAGAK-AGAK UNTUK MENCUBA RESEPI BROWNIES YANG CUKUP MUDAH DAN SEDAP INI.

 

Rasanya yang manis dan berwarna coklat pekat tentu sudah dapat membuatkan kita terbayang akan keenakan brownies. Jika teringin untuk membuatnya dan tidak tahu resepi dan juga cara untuk membuatnya, dikongsikan Resepi Brownies.

 

RESEPI BROWNIES YANG SEDAP DAN MUDAH

 

 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:resepi brownies

85 gram tepung naik sendiri

150 gram gula pasir

15 gram serbuk koko (Van Houten)

50 gram kacang gajus (dikisar kasar) – jika suka

100 gram coklat masakan (Dark Compound Chocolate)

100 gram mentega

2 biji telur ayam (gred A)

1 sudu kecil esen vanilla

 

CARA MEMBUATNYA:Resepi Brownies

  1. Cairkan coklat masakan dan mentega dengan cara double boiler sehingga meleleh. Ketepikan dan biarkan seketika sehingga sejuk.

 

  1. Setelah itu, pukul telur bersama gula pasir sehingga mengental, kemudian tambahkan esen vanilla. Kacau lagi sehingga berbaur sebati.

 

resepi brownies

 

  1. Atur kepantasan mixer sehingga ke kepantasan yang terendah. Kemudian masukkan campuran tepung naik sendiri dan serbuk koko ke dalam adunan.

 

  1. Pukul lagi dengan menggunakan mixer sehingga semua bahan tercampur rata.

 

  1. Masukkan pula coklat masakan dan mentega yang sudah dicairkan tadi ke dalam adunan tersebut. Kacau lagi sehingga tercampur rata. Setelah itu matikan mixer.

 

  1. Masukan sebahagian kacang gajus ke dalam adunan dan tuangkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper.

 

  1. Kemudian taburkan sisa kacang gajus tersebut di atas adunan dan bakarlah sehingga masak (sekitar 20-25 minit dalam suhu 180 darjah Celsius ataupun mengikut kesesuaian oven masing-masing).

 

  1. Bila dah masak, biarkan brownies dalam oven tersebut dengan pintunya sedikit renggang selama lebih kurang 15 minit.

 

  1. Setelah sejuk sedikit, bolehlah dipotong mengikut pilihan kita sendiri.

 

Itulah Resepi Brownies, semoga anda berjaya membuat brownies ini dengan sempurna. Setelah menikmati rasanya sudah pasti anda berasa puas kerana berhasil membuat brownies yang cukup sedap!