PELBAGAI RESEPI ENAK DENGAN AYAM BRAND™ COCONUT MILK

MEMASAK ATAU MENYEDIAKAN MAKANAN YANG SIHAT DENGAN AYAM BRAND™ COCONUT MILK SEMEMANGNYA MUDAH DAN ENAK. UNTUK PENGGUNAAN SANTAN YANG LEBIH MODEN, CUBA SEDIAKAN PARFAIT YOGHURT BUAH DENGAN CHIA DAN SANTAN; BUBUR BIJI CHIA; SMOOTHIE COKLAT KELAPA PISANG;  DAN PAJERI NENAS .

 

PARFAIT YOGHURT BUAH DENGAN CHIA DAN SANTAN

(COCONUT & CHIA YOGHURT PARFAIT) 

Untuk 4 hidangan

 

coconut

Nota: Bagi memuaskan selera anda terhadap sesuatu yang manis, hidangan Kelapa dan Chia Yoghurt Parfait Buah (Coconut and Chia Yoghurt Fruit Parfait) nyata pilihan lebih sihat. Kombinasi santan dan biji chia yang kaya dengan nutrien, menjadikannya pilihan terbaik untuk diambil sebelum atau selepas aktiviti bersukan.  Ia juga satu pilihan sarapan yang sihat dan mudah untuk disediakan.

Bahan bahan:

30g biji chia

50g oat segera

400ml santan

150g yogurt asli

4 sudu makan madu

Buah buahan segar (potong dadu) bergantung kepada cita rasa anda.

 

Cara-cara:

  1. Campurkan biji chia, oat, santan, yogurt dan madu.
  2. Simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti sejuk semalaman.
  3. Untuk hidangan, buat lapisan campuran yogurt biji chia bersama isi buah dan buah dipotong dadu diatasnya.

 

 

SMOOTHIE COKLAT KELAPA PISANG 

(CHOCO BANANA COCONUT SMOOTHIE)

Untuk 4 hidangan

coconut

Nota: Untuk sesuatu yang mudah, isikan bekas minuman anda dengan Chocolate Banana Coconut Smoothie dan nikmatinya ketika sedang berjalan ke tempat kerja anda. Ia akan menyegarkan hari anda kerana koko mengandungi fenetilamina, satu neurotransmiter di dalam otak yang diketahui berfungsi untuk menaikkan mood dan antikemurungan yang bersifat semula jadi.

 

Bahan bahan:

2 sudu makan 100% serbuk koko

270ml santan

180ml susu skim

4 biji pisang dibekukan, dipotong ketulan

Ais secukupnya

 

Cara cara:

Campurkan semua bahan bahan dalam pengisar  dan kisar sehingga lembut.

 

PALEO KALE SMOOTHIE

3 hidangan

 

Nota: Paleo Kale Smoothie berkait dengan ‘mencegah adalah lebih baik daripada mengubati’ kerana resepi ringkas ini mengandungi jumlah vitamin K, A dan C yang tinggi daripada Kale. Vitamin K penting untuk kesihatan jantung,  tulang, pembekuan darah, menghalang kanser dan diabetes. Sementara vitamin A menyokong kesihatan kulit dan mata. Vitamin C pula meningkatkan ketahanan tubuh, metabolisme, memastikan kesihatan sendi terjaga dan mengekalkan penghidratan badan.

 

Bahan bahan:

1 daun kale

1 sudu makan biji chia

1 apple hijau dibekukan, dipotong ketulan

1 pisang dibekukan, dipotong ketulan

270ml santan

50ml susu

250ml air kelapa

 

Cara cara:

Masukkan semua bahan bahan dalam pengisar dan kisarkan sehingga lembut.

Semua resepi ini boleh didapati di alam buku Food For The Brain, oleh Prof. Shirasawa.

Sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mengetahui lebih banyak cara menikmati santan!

 

Nak tahu resepi lain Ayam Brand, klik sini

LIKE & SHARE MAMANET