Resepi Kek Cawan Kukus Gebu Dan Sedap

Kek cawan yang  bentuknya kecil dan tidak terlalu besar tentunya sesuai dijadikan kudapan atau sebagai bekal untuk anak-anak ke sekolah ataupun ketika bersiar-siar. Dari Dapur Mamanet dikongsikan Resepi Kek Cawan versi kukus.

 

Kek cawan memiliki testur yang sangat gebu dan manis. Terdapat pelbagai resepi kek cawan, ada yang dibuat dengan cara dikukus ataupun dibakar di dalam ketuhar/oven.

 

Namun, semuanya bergantung kepada selera anda sendiri. Biasanya kek cawan yang dibuat dengan cara dikukus, teksturnya lebih empuk,gebu dan enak.

 

Jika anda sudah bosan untuk menikmati kek cawan versi dibakar di dalam oven, jom cuba resepi kek cawan kukus yang gebu, sedap dan cukup mudah untuk membuatnya ini.

 

resepi kek cawan

UNTUK RESEPI KEK COKLAT KUKUS GEBU, KLIK SINI

 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Resepi Kek Cawan Kukus:

  • 75 gram tepung gandum
  • 100 gram majerin (yang telah dicairkan)
  • 100 gram gula pasir
  • 3 biji telur (sederhana saiznya)
  • 12 sudu besar susu tepung
  • ½ sudu kecil kek emulsifier
  • ½ sudu kecil baking powder
  • 75 gram coklat masak (dicairkan)
  • Papercup

 

 

Cara Membuat Kek Cawan Kukus Gebu:

 

resepi kek cawan1.Sediakan pengukus, loyang dan papercup. Ketepikan.

 

  1. Pukul telur perlahan-lahan, kemudian campurkan gula berserta kek emulsifier. Gaul rata dan kacau sehingga mengembang.

 

  1. Kemudian masukan tepung gandum sambil diayak, susu tepung serta baking powder. Pukul lagi.

 

  1. resepi kek cawanSetelah adunan sebati, masukkan coklat yang sudah dicairkan, majerin dan kacau sehingga rata dan sebati.

 

  1. Kemudian, tuanglah adunan ke dalam papercup.Lakukan dengan berhati-hati supaya adunan tidak tertumpah keluar atau memenuhi papercup.

 

 

  1. resepi kek cawanSetelah semua papercup terisi dengan adunan kek, kukuslah selama 20 minit ataupun sehingga adunan kek masak.

 

  1. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Jika suka, anda boleh menghiaskan kek cawan anda ini dengan fondant dan warna serta bentuk yang sesuai dengan selera anda.

 

PERHATIAN:

Jika anda mahu lebih rasa coklat, anda boleh paipkan coklat cair di tengah-tengah kek cawan yang sudah dimasak. Kemudian hiaskan dengan ising diatasnya atau curah lagi coklat cair di atasnya sewaktu anda hendak menikmatinya.
Selamat mencuba Resepi Kek Cawan versi kukus yang memang cukup enak dinikmati walaupun masih panas!

LIKE & SHARE MAMANET

 

(Visited 19 times, 1 visits today)