Resepi Lala Masak Pedas Masam Manis

resepi lala

kredit foto: cari-com

Sesiapa yang suka makan seafood, pasti suka makan lala dan patut mencuba Resepi Lala Masak Pedas Masam Manis yang dibawakan dari Dapur Mamanet ini.

 

 

Jika sebelum ini  anda belum pernah mengolah atau memasaknya sendiri, tak ada salahnya jika anda mencuba Resepi Lala cukup menambat selera.

 

Tetapi sebelum tu,  pastikan lala yang dibeli dipasar atau supermarket itu masih segar, kenyal dan tidak berbau. Jika lala yang dibeli itu masih hidup, segera simpan dalam peti sejuk dengan cara dibungkus dengan menggunakan beg plastik yang sudah ditebuk lubang agar lala tersebut tetap segar.

 

resepi lala

kredit foto: i0-wp

Ketika mahu menyediakannya, jangan lupa untuk membersihkan lala dengan cara merendamnya di dalam air yang telah diletak garam. Ketika merendam, tutup rendaman tersebut dan biarkan beberapa minit agar pasir serta kotoran yang terdapat di dalam lala itu keluar.

 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Resepi Lala Masak Pedas Masam Manis

 

*1 kampit lala dicuci bersih

* 3 biji bawang besar – dikisar atau dicincang halus.

* 3 inci halia – dikisar atau dicincang halus

* 5 sudu besar cili kering kisar

* 2 sudu besar sos cili

* 1 sudu besar sos tiram

* 2 sudu besar kicap manis

* 1 sudu sos lada hitam

* 3 batang serai dititik

* Sedikit serbuk perasa

* Minyak masak untuk menumis

* Sedikit air asam jawa atau perahan air lemon.

 

Cara Membuat Resepi Lala Masak Pedas Masam Manis:

 

  1. resepi lala

    kredit foto: 1-bp-blogspot

    Tumis bawang merah dan halia serta serai terlebih dahulu.

 

  1. Bila dah kekuningan, masukkan cili kisar.

 

  1. Tumis hingga garing, masukkan sedikit air

 

  1. Tumis lagi, masukkan kiub ayam, sos cili, sos tiram,sos lada hitam dan kicap manis. Biarkan mendidih.

 

  1. Masak hingga kuahnya jadi pekat. Letak sedikit air asam jawa.

 

  1. Masukkan lala, kuatkan api, tutup kuali dan biarkan ia masak dalam tempoh 5-8 minit. (Pastikan tidak terlalu masak, sebab bila terlalu masak habis mengecut isinya)

 

  1. Cuba rasa, jika kurang masin tambahlah garam. Jika suka boleh juga kalau nak letak daun bawang, daun ketumbar ataupun daun sup sebagai penyerinya.

 

  1. Okay, tutup api dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba Resepi Lala Masak Pedas Masam Manis ini.

 

LIKE & SHARE MAMANET
(Visited 186 times, 1 visits today)