RESEPI NASI AYAM HAINAN KIMBALL UNTUK SAHUR

ANDA TENTU MAHUKAN HIDANGAN NASI AYAM YANG RINGKAS DAN MUDAH DISEDIAKAN UNTUK MAKAN SAHUR. JADI APA KATA CUBA RESEPI NASI AYAM HAININ KIMBALL INI.

Nasi ayam adalah hidangan lengkap dan digemari oleh seisi keluarga. Oleh itu, setiap kita sebaiknya belajar cara bagaimana hendak menyediakan nasi ayam yang enak.
Antara nasi ayam yang mudah disediakan ialah nasi ayam hainan kerana ia hanya memerlukan masa lebih kurang setengah ja sahaja untuk dinikmati.
Kepada peminat nasi ayam, ikuti resipi nasi ayam hainan seperti yang disediakan oleh Chef terkenal iaitu Chef Rohani Jelani.

 

NASI AYAM HAINAN KIMBALL

Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 30 minit
Saiz Hidangan: 5 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani
 

BAHAN-BAHAN NASI AYAM HAINAN

½ ekor ayam, potong enam
2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
1 sudu besar jus halia
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada putih
2 ½ cawan (500 g) beras, dibasuh dan disejat
2 sudu besar minyak
2 ulas bawang putih, dicincang halus
2 sm halia, dihiris nipis
600 ml stok ayam
2 helai daun pandan, disimpulkan
 nasi ayam hainannasi ayam hainannasi ayam hainannasi ayam hainan
Untuk hiasan:
1 tangkai daun bawang, dihiris nipis
1 biji timun, dihiris
2 sudu besar sos caramel pekat
¾ cawan Sos Cili Bawang Putih Kimball

CARA MEMASAK NASI AYAM HAINAN

  1. Perap ayam dengan Sos Berperisa Tiram Kimball, jus halia, garam dan lada putih selama 10 minit.
  2. Panaskan minyak atas api sederhana. Tumis halia dan bawang putih sehingga perang. Masukkan beras, gaul sampai mesra. Campurkan stok ayam, ½ sudu teh garam dan daun pandan. Tutup, biarkan mendidih dan air sedikit kering tetapi nasi masih lembap.
  3. Kemudian, ‘tanam’ ayam perap tadi di dalam nasi. Perlahankan api dan tutup periuk dengan kemas. Biarkan masak anggaran 25 minit.
  4. Gembur nasi dan hidang. Hias dengan hirisan timun dan daun bawang. Percik Sos Karamel di atasnya dan hidang bersama Sos Cili Bawang Putih Kimball.

    nasi ayam hainan

 Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook
Anda Mungkin Ingin Cuba Resepi Stew Penne Enak Bersama Sos Spaghetti Cendawan
LIKE & SHARE HARIAN WANITA (MAMANET)