RESEPI PAJERI NENAS HIDANGAN LAZAT SEISI KELUARGA WAKTU BERBUKA ATAU SAHUR

KALI INI DAPUR MAMANET BERKONGSI RESEPI PAJERI NENAS YANG MERUPAKAN MAKANAN UNIK MASYARAKAT MELAYU.

 
Ada pelbagai variasi masakan pajeri tetapi yang paling popular dan cukup digemari adalah Pajeri Nenas dan Pajeri Terung.
 
Sama ada Pajeri Terung ataupun Pajeri Nenas, kedua-duanya mempunyai aroma dan citarasa yang tersendiri. Apatah lagi setelah ditambah dengan rempah ratus, penyedap masakan dan sebagainya. Rasanya memang terangkat!
 
Anda harus mencuba Resepi Pajeri Nenas ini dan untuk membuatnya, sebiji buah nenas yang segar serta beberapa bahan serta rempah pilihan diperlukan.
 
Untuk membuatnya tidak terlalu sukar, tetapi kita perlu sabar serta teliti dalam penyediaan dan menumis bahan-bahannya bagi mendapatkan hasil masakan yang lazat dan memuaskan hati.
 
Tambahan pula rasa nenas yang masam masam manis yang berbaur dengan kepedasan cili serta rempah pasti memikat selera!
pajeri nenas

BERIKUT RESEPI PAJERI NENAS

Bahan-bahan yang diperlukan:
* Sebiji nenas manis, dibersihkan dan dipotong dengan ukuran dan bentuk yang sesuai dengan selera kita.  
* 2 biji bawang putih (dikisar)
* 6 biji bawang merah (dikisar)
* 1 sm kunyit hidup (dikisar)
* 1 sm halia(dikisar)
* 4 sudu besar cili kering yang sudah dikisar
* 8 sudu besar serbuk rempah (dibancuh sedikit dengan air)
* 2 sm kulit kayu manis
* 2 kuntum buah pelaga
* 2 biji bunga cengkih
* 1 sudu air asam jawa
* 4 sudu besar kerisik
* 2 cawan santan
* Garam, gula,kicap dan serbuk perasa secukupnyapajeri nenas
pajeri nenaspajeri nenas

CARA MEMBUAT RESEPI PAJERI NENAS:

        1. Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.
  1. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit yang sudah dikisar.
  2. Kacau sehingga naik bau harumnya dan kemudian masukkan cili kering yang sudah dikisar.
  1. Kacau hingga sebati dan masukkan pula serbuk kari.
  1. Gaul lagi hingga sebati dan masukkan nenas yang sudah dipotong tadi.
  1. Setelah itu masukkan santan, garam, gula dan serbuk perasa dan sedikit kicap. Biarkan mendidih.
  2. Terakhir masukkan kerisik dan air asam jawa dan masak sehingga kuahnya pekat.
  1. Jika cukup semua rasanya, bolehlah tutup api dan segera dihidangkan.

     pajeri nenaspajeri nenas

Itulah Resepi Pajeri Nenas, semoga langkah-langkah untuk membuatnya itu boleh membantu anda menghasilkan pajeri nenas yang cukup lazat.
 
Selamat mencuba Resepi Pajeri Nenas dan semoga menjadi ya!
 
Nota Editor: Ejaan sebenar Nenas ialah Nanas. Bagaimanapun, perkataan “nenas” lebih tinggi cariannya di internet. Oleh itu, kami terpaksa menggunakan “Pajeri Nenas” sebagai keyword. Harap Maklum.
Foto: Carian Internet