RESEPI RENDANG AYAM SUPER SEDAP UNTUK RAYA

MENCARI-CARI RESEPI RENDANG AYAM PALING SEDAP SEBAGAI HIDANGAN HARI RAYA ESOK? CUBALAH RESEPI RENDANG AYAM YANG MAMANET KONGSIKAN INI.

 

Gabungan rempah-ratus semulajadi  dan pilihan daging ayam segar membuatkan rendang ayam ini begitu enak sekali.

 

Paduan santan kepala segar dan kerisik menambahkan lagi kelazatan resepi rendang ayam ini sehingga cukup sesuai sekali dihidangkan sebagai salah satu menu utama di Hari Raya nanti.

 

resepi rendang ayam

 

CARA SEDIAKAN RESEPI RENDANG AYAM

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1 ekor ayamresepi rendang ayam

2 cawan santan pekat

6 cawan santan cair

100 gram kerisik

3 helai daun limau purut

2 keping asam kandis

5 sudu besar kicap helai daun kunyit

Kicap manis

Minyak untuk menumis

 

BAHAN-BAHAN YANG PERLU DIKISAR

12 biji bawang merahresepi rendang ayam

4 biji bawang putih

6 biji lada merah (lada besar)

8 sudu besar cili giling

2 sudu kecil ketumbar

2cm halia

6 batang serai

3 sm kunyit hidup

3 sm lengkuas

6 biji lada hitam

2 sudu kecil gula merah ataupun gula melaka

Garam secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali besar dan masukkan sedikit minyak untuk menumis.
  2. Kemudian tumiskan kesemua bahan yang telah dikisar tadi sehingga terbau keharumannya.
  3. Setelah itu, masukkan pula santan air. Kacau sehingga segala rempah tadi berbaur rata dan sebati.
  4. Setelah sebati, masukkan asam kandis dan juga daun kunyit. Masak sehingga santan tersebut mendidih. Pastikan kita mengacaunya supaya santan tidak pecah.
  5. Kemudian masukan potongan daging ayam yang sudah dibersihkan tadi. Masaklah dengan api yang kecil sambil mengacau rata agar kesemua bahan-bahan tadi meresap ke dalam daging ayam.
  6. Apabila daging ayam sudah terasa empuk dan kuahnya mula surut, masukkan santan kelapa pekat dan kerisik serta kicap manis. Kacau sehingga kesemua bahan tergaul sebati.
  7. Pastikan api yang kecil, dan masaklah sehingga kuahnya mengering dan daging ayam tersebut masak sempurna.
  8. Selesai! Sebelum menutup api dan mengangkat hidangan, pastikan rendang daging ayam tadi sudah cukup sedap dan lengkap rasanya.

 

resepi rendang ayam

Ternyata Resepi Rendang Ayam ini cukup mudah untuk disediakan. Semoga ia dapat membantu anda membuat rendang ayam yang sedap pada hari raya nanti.

Foto: Carian Internet

  • Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Facebook

 

  • Anda Pasti Ingin Tahu Resepi Kurma Ayam Paling Mudah dan Sedap