RESEPI SANDWICH SARDIN SUPER ENAK UNTUK SARAPAN PAGI

SANDWICH SARDIN BOLEH DIJADIKAN PILIHAN YANG TEPAT UNTUK SARAPAN PAGI. BUKAN SEKADAR UNTUK MENGISI PERUT DI PAGI HARI, TETAPI HIDANGAN INI BOLEH MENJADI SUMBER ENERGI MENEBARKAN SEMANGAT KITA UNTUK JADI LEBIH PRODUKTIF!

Apa yang menarik, kini penggemar sajian ikan hanya perlu membuka setin rangkaian sardin atau mackerel Ayam Brand™ untuk mendapatkan khasiat ikan yang sihat di dalam diet mereka dan elak keremehan mencuci, menyiang dan sebagainya.

Sardin dan mackerel Ayam Brand™ menggabungkan keenakan hidangannya dengan khasiat Omega-3 untuk kita yang aktif dan memerlukan sajian yang siap dimakan dengan mudah, versatil dan berkhasiat. Ia adalah antara pilihan snek dan sajian yang mengandungi khasiat Omega-3, kalsium serta protein yang tinggi.

Sardin dan mackerel Ayam Brand™ diperolehi dari lautan sejuk untuk ikannya yang mengandungi kandungan minyak sihat seperti Omega-3 yang lebih tinggi. Bahkan dagingnya juga lazat dan enak. Ia kemudian ditinkan dengan pantas dengan menggunakan teknologi vakum inovatif Ayam Brand™ tersendiri.

Sama seperti barangan keluaran Ayam Brand™ yang lain, produk ini bebas daripada bahan pengawet dan tanpa tambahan mono-sodium glutamate (MSG) bagi mengekalkan rasa semulajadi sardin dan mackerel yang berkualiti untuk dinikmati.sandwich sardin

DIDATANGKAN SEGAR DARI LAUTAN SEJUK JADIKAN SANDWICH SARDIN LEBIH ENAK

Ayam Brand™ secara eksklusifnya, hanya menggunakan ikan sardin dari spesis Sardinops atau Genus Sardina yang hidup di Barat Laut dan Timur Lautan Pasifik; Timur Lautan India dan Barat Laut Lautan Atlantik.sandwich sardin

Manakala, hanya spesis mackerel Scomber yang digunakan oleh Ayam Brand™ dan kebanyakannya ditangkap di Utara Lautan Atlantik; Barat Laut serta Timur Lautan Pasifik. Sardin dan mackerel yang hidup di dalam keadaan sejuk melampau adalah lebih berlemak, berisi dan kaya dengan Omega-3.

Dengan memilih ikan-ikan yang hidup di perairan lautan sejuk ini, Ayam Brand™ dapat memastikan produk-produknya lebih kaya dengan lemak sihat termasuk DHA & EPA yang merupakan dua bentuk Omega-3 yang paling bermanfaat.sandwich sardin

KHASIAT  SARDIN DAN MACKERAL UNTUK KESIHATAN

Sardin dan mackerel adalah sumber Omega-3 yang paling baik. Omega-3 ialah asid lemak yang penting dan perlu dihadam kerana tubuh tidak menghasilkannya walaupun kita memerlukan lemak ini untuk kesihatan.

Antara kebaikan kesihatan Omega-3 ialah merangsangkan pertubuhan otak; mengurangkan penyakit mental berkait dengan usia serta Alzheimer selain mengurangkan risiko penyakit-penyakit jantung.

Selain itu sardin dan mackerel juga membekalkan badan dengan nutrisi lain seperti mineral dan Vitamin B.

Sardin juga merupakan antara sumber terbaik untuk kalsium yang mana ia mengandungi dua kali lebih banyak kalsium berbanding susu biasa.

CADANGAN HIDANGAN

Sardin Ayam Brand™ boleh dimakan terus daripada tin, dijadikan inti untuk dimakan bersama biskut atau roti, hidangkan bersama salad, dibuat sambal dan dimakan bersama nasi atau bubur mahupun pasta menjadikan variasi hidangannya tiada had namun rasanya kekal hebat.

Ayam Brand™ mempunyai rangkaian resepi sardin dan mackerel yang mengagumkan daripada sajian mudah yang boleh dihidangkan dalam masa 10 minit mahupun hidangan sajian utama yang sesuai untuk jamuan musim perayaan.

sandwich sardin

Sumber foto: Internet

 

sandwich sardin

Sumber Internet

sandwich sardin

RESEPI SANDWICH SARDIN

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang merah, dicincang
  • 2 biji cili merah, dicincang
  • 425 gm sardin dalam sos tomato
  • 1 sudu teh gula kelapa organik
  • 2 biji limau kasturi, diperah
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 timun, dihiris
  • 12 keping roti wholemeal
  • Timun dan tomato segar (Pilihan)

KLIK SINI JIKA ANDA PERLUKAN SANDWICH MAKER UNTUK MEMBUAT SANDWICH YANG LEBIH ENAK

sandwich sardinsandwich sardinsandwich sardinsandwich sardin

Cara membuat sandwich Sardin

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang dan cili selama 3 minit.
  2. Tuangkan sardin dan sos, lenyekkan dengan bahan semasa memasak.
  3. Masukkan gula kelapa.
  4. Angkat. Biarkan sejuk sedikit, kemudian kacau dengan jus limau.
  5. Sapu campuran sardin di atas roti bakar bersama timun dan tomato segar.
  6. Boleh tambah garam secukup rasa jika mahu.

Selamat mencuba resepi Sandwich Sardin yang senang untuk disediakan. Tak sampai 15 minitpun. Boleh dijadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah atau ke tempat kerja. Tak pun untuk bekal kita blog walking.sandwich sardin

* Resepi ini dibawakan oleh: Ayam Brand™

Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook

Anda Perlu Tahu 5 Alasan Kenapa Anda Perlu Sarapan.

https://www.facebook.com/harianwanita