Resepi Satay BBQ, Mudah Dan Sedap. Wajib Dicuba!

Tentu ramai yang suka makan satay. Tak kiralah satay ayam, satay daging, satay perut dan sebagainya.Dari Dapur Mamanet dikongsikan Resepi Satay BBQ yang sangat sedap!

 

Bagi yang ingin mencuba Resepi Satay BBQ ini di rumah, kenalah siap-siapkan bahan-bahan serta peralatan memasaknya.

 

Rahsia kenikmatan Resepi Satay BBQ ini  adalah pada cara memasak atau membakarnya dan juga sos perapannya.

 

Bagi anda yang suka daging atau ayam versi bakar, boleh mencuba resepi ini. Satay BBQ ini memnag sedap dan boleh dijadikan salah satu menu untuk aktiviti ‘makan-makan’ anda nanti.

 

resepi satay bbq

UNTUK RESEPI TUNA SANDWICH SEDAP, KLIK SINI

 

 

Inilah Resepi Satay BBQ yang lengkap dengan cara membuatnya.

 

resepi satay bbqBahan-Bahan Yang Diperlukan:

  • 300 gram ayam tanpa tulang (dipotong dadu)
  • 300 gram daging lembu (batang pinang – dipotong dadu)
  • 2 biji Capsicum (merah, kuning ataupun hijau dipotong empat segi)
  • 2 biji bawang Bombay (dipotong dadu)

(Jika nak letak sayur-sayuran lain  seperti timun, brokoli dan lain-lain pun boleh)

  • Besi atau lidi pencucuk satay (sesuai dengan keperluan)

 

resepi satay bbqBahan Untuk Sos BBQ

  • 6 sudu besar sos BBQ original
  • 4 sudu besar madu asli
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Gula/Garam/ Serbuk lada sulah (sesuai dengan keperluan)
  • 3 batang serai (diketuk dan diikat untuk dijadikan berus)

 

 

 

 

resepi satay bbqCara Membuatnya:

 

  1. Sediakan sebuah bekas atau mangkuk besar untuk mencampurkan ke semua bahan untuk sos BBQ (sos BBQ-sos tomato-madu-garam-gula-mentega dan lada sulah).

 

  1. Gaul sehingga sebati. Kemudian, asingkan bahan ini menjadi dua bahagian. Ketepikan satu bahagian.

 

  1. Satu bahagian lagi, masukkan daging ayam dan daging lembu yang sudah siap dipotong dadu ke dalam campuran ini. Perap selama satu jam.

 

4. Sejam kemudian, cucuklah daging ayam dan daging lembu yang sudah siap diperap itu.Gabungkan sekali dengan bawang Bombay dan             Capsicum ya. Cara mencucuknya bebas, sesuai dengan kreativiti ataupun citarasa anda sendiri.

 

  1. resepi satay bbqKemudian, siapkan pemanggang untuk membakar satay. Boleh juga dibakar dengan arang ataupun menggunakan ketuhar pemanggang. (Jika menggunakan arang – bakar arang sehingga api tidak kelihatan begitu marak. Di samping itu, boleh gunakan kipas angin untuk mengawal haba)

 

  1. Supaya rempah sos BBQ tersebut lebih meresap, kilatkan satay BBQ ini dengan sebahagian lagi sos perapan. Boleh jugakan serai sebagai berusnya. Renjis-renjislah dalam tiga atau empat kali. Jangan lupa, balik-balikkan satay BBQ yang dibakar agar ia masak sekata dan tidak hangus.

 

  1. Apabila Satay BBQ hampir masak, renjislah sekali lagi dengan sos BBQ bagi mendapatkan rasa satay yang lebih sedap dan mantap.

 

  1. Tadaaa.. dah siap pun. Boleh juga dimakan begitu sahaja ataupun dengan nasi himpit.

 

Selamat memasak dan semoga bermanfaat. Jangan lupa kongsikan Resepi Satay BBQ ini ya.

 

LIKE & SHARE MAMANET