RESEPI SOTONG MASAK KICAP MANIS LAZAT

Memasak sotong yang dicampur dengan kicap manis akan menambah kelazatan resepi Sotong Masak Kicap yang dikongsikan dari Dapur Mamanet ini.

Jika anda pencinta seafood sudah pasti akan menyukai masakan yang satu ini. Menu ini juga sesuai untuk disajikan buat kanak-kanak memandangkan ia tidak terlalu pedas.

Lagipun untuk memasak Sotong Masak Kicap ini tidak memerlukan kita duduk berjam-jam di dapur. Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasaknya pun tidak renyah. Gabungan bawang merah, bawang putih, halia dan serbuk lada sulah serta kicap manis membuat rasanya semakin lazat.

Bagi yang ingin membuatnya sendiri di rumah, berikut dikongsikan resepinya.

BACA: RESEPI MASAK LEMAK KETAM BERAPI

LIKE & SHARE MAMANET

BAHAN-BAHAN UNTUK RESEPI SOTONG MASAK KICAP 

500 gram sotong (potong ikut suka)

3 sudu besar minyak masak

1 biji bawang besar (dihiris tebal- bulat)

2 batang daun bawang (dipotong-potong)

2 biji cili besar merah atau hijau (dihiris nipis)

1 biji capsicum – jika suka (dihiris nipis)

Kacang atau hirisan lobak merah (jika suka)sotong masak kicap

 

BAHAN UNTUK DIKISAR (boleh juga dihiris halus-halus):

4 biji bawang merah

2 biji bawang putih

1 cm halia

sotong masak kicap

CAMPURAN SOS KICAP MANIS:

4 sudu besar kicap manis

1 sudu teh tepung jagung

½ sudu kecil serbuk lada sulah

1 sudu sos tiram

3 sudu besar air

sotong masak kicap

CARA MEMASAKNYA:

  1. Campurkan semua bahan campuran sos kicap manis di dalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan ketepikan.
  1. Sementara itu, bersihkan sotong. Lumur dengan garam dan juga air perahan limau kasturi. Biarkan selama 15 minit.
  1. Panaskan minyak di dalam kuali di atas api yang sederhana.
  1. Kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi sampai berbau harum dan sedikit garing.
  1. Setelah itu, masukkan sotong. Goreng di atas api yang besar selama 5 minit.sotong masak kicap
  1. Kemudian tambahkan campuran sos kicap manis tadi dan biarkan sehingga mendidih dan sos menjadi pekat.sotong masak kicap
  1. Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat tadi, daun bawang dan cili serta kacang (jika ada). Gual sebati. Masak dalam 3 minit.
  1. Padamkan api. Angkat dan siap untuk dihidangkan.sotong masak kicap

TIP MEMILIH SOTONG:

  1. Untuk tekstur sotong yang lembut, pilihlah sotong bersaiz sederhana. Jika anda tidak ada pilihan dan terpaksa menggunakan sotong yang besar, kelar-kelarkan sedikit sotong tersebut supaya kurang kenyal dan mudah dikunyah.
  2. Masak sotong dalam tempoh singkat kerana jika terlalu lama sotong akan jadi lebih keras.

Itulah resepinya. Senang, kan untuk memasak Sotong Masak Kicap yang cukup lazat. Selamat mencuba. Suka dengan resepi ini? Like & Share ya guys.