RESEPI SUP GEAR BOX BERKOLAGEN BAIK UNTUK LEBIH SIHAT

Anda pasti teruja bila dengar fasal sup gear box kan? Kepada yang tak tahu apa tu gear box, sebenarnya ia adalah sup tulang lembu di bahagian sendi lutut yang seakan-akan bentuk gear kereta.

Tahukah anda kebaikan sup gear box ini? Sebenarnya semakin lama sup ini dimasak dan direneh, semakin baik ia untuk kesihatan kita.

Anda bukan sahaja boleh menikmati sum-sum dan jeli tulang yang enak dan berkhasiat, malah supnya yang dijadikan stok pun tetap mengandungi khasiat mineral yang sama. Antara kebaikan sup gear box dan stok tulang seperti meningkatkan sistem ketahanan badan dan mengandungi kompaun pemulihan sel seperti kolegan, glutamine, glycine dan proline.

Kolagen dalam tulang membantu memulihkan kesihatan perut dan mengurangkan keradangan usus dan mengurangkan sakit sendi.

BACA: APA ITU COLLAGEN DAN BETUL KE BOLEH BUAT AWET MUDA?

LIKE & SHARE MAMANET

 

sup gear box

CARA MEMBUAT SUP GEAR BOX SEDAP TERANGKAT

Bahan-bahan untuk membuat sup gear box:
1 kg Tulang Gear-Box
2 inci halia (diketuk)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 paket rempah sup
2 bungkus sup bunjut
1 paket rempah 4 sekawan (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang)
Bawang goreng
Air perahan limau nipis
Daun sup

sup gear box

Cara membuat sup gear box:

  1. Rebus tulang sampai isinya empuk (4 jam atau lebih).
  2. Masukkan sup bunjut, rempah sup, halia dan bawang putih, teruskan memasak menggunakan api yang kecil.
  3. Masukkan sedikit minyak, kemudian goreng rempah 4 sekawan.
  4. Masukkan rempah 4 sekawan yang digoreng ke dalam periuk rebusan tulang dan biarkan sup mendidih hingga masak sepenuhnya.
  5. Letak garam secukup rasa, cili api jika mahu pedah dan masukkan sedikit bawang goreng serta daun sup, siap untuk dihidangkan.sup gear boxsup gear box

CARA MEMBUAT STOK TULANG ATAU BONE BROTH

Jangka waktu membuat stok tulang atau bone broth  adalah lebih panjang. Caranya ialah gunakan semula sisi tulang daripada sup gear box yang sudah dimakan. Boleh ditambah dengan bahagian tulang yang lain.

Boleh juga campur dengan tulang haiwan lain seperti rangka, kaki dan leher ayam. Masukkan air dan cuka dengan nisbah 4:1. Kemudian rebus sampai mendidih. Reneh selama 24-48 jam.

Setelah mereneh selama 6-12 jam, bolehlah dicampur dengan sayur-sayuran seperti saleri, lobak, bawang dan daun bay serta daun bawang yang sudah dikerat-kerat.

Reneh lagi sehingga 6-12 jam. Kini semua vitamin dan mineral daripada sayur-sayuran dan tulang sudah menyerap ke dalam stok.

Setelah itu, biarkan sejuk. Anda akan lihat ada lemak di bahagian atas stok. Ceduk dan buangkannya. Kemudian tapis segala isi dan anda ambil stoknya sahaja.

sup gear box

Simpan di dalam bekas dan letak dalam peti sejuk. Anda boleh jadikan ia minuman setiap hari atau nikmati bersama sayur atau campurkan di dalam sup gear box.