RESEPI TUNA. JOM CUBA BUAT KEK TUNA DAN KELEDEK, ENAK DAN MUDAH

Cuba resepi tuna ini, anda pasti tak akan menyesal! Tambahan pula, tuna kaya dengan Omega-3, yang merupakan asid lemak yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita.
Selain mengandungi protein, kalium dan mineral yang tinggi, tuna juga mempunyai banyak manfaat untuk tubuh.Tuna juga dapat membantu kita mengurangkan stress kerana kandungan asid Omega-3 yang tinggi.
Omega-3 juga penting dalam penglihatan dan otak dalam kalangan kanak-kanak dan ia juga kaya dengan vitamin B3 dan B12.
Di samping itu, khasiat tuna juga dapat membantu dalam proses detoksifikasi tubuh kerana kandungan mineral dan selenium. Bahkan tuna juga sangat bagus untuk menjaga kesihatan dari penyakit silent killer seperti jantung koronari dan kanser.

resepi tuna

Jom, kita cuba Resepi Tuna – Kek Tuna Dan Keledek ini yang disediakan Ayam Brand™.

Resepi Tuna ini termasuk dalam resepi yang mudah, praktikal dan sudah pastinya sesuai untuk dijadikan menu sarapan pagi ataupun bekal untuk anak-anak ke sekolah.

Rasanya yang enak dan lazat, ditambah dengan adanya rasa pedas serta lemak-lemak manis. Resepi tuna ini sebenarnya menjadi bertambah lazat apabila diolah mengikuti selera sendiri!

 

RESEPI TUNA TAMBAT SELERA KITA SEISI KELUARGA!

(Hidangan untuk 4 orang)

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Kek Tuna Dan Keledek:

* 185 g cili tuna Ayam Brand

* 400 g sweet potato/keledek, dikupas dan dikukus atau dibakar

* 100 g kubis, dihiris nipis

* 100 g coklat bawang

* 100 g lobak merah, parut atau dihiris

* 2 batang daun bawang,dihiris

* 3 biji telur

* 1 sudu besar tepung jagung

resepi tuna

resepi tuna

CARA MEMBUATNYA:

  1. Lenyek tuna bersama keledek,kubis, bawang, lobak merah dan daun bawang.
  1. Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan tepung jagung.

3.Ratakan campuran tuna kepada bentuk kek bulat dengan ketebalan 2cm.

  1. Masukkan sedikit minyak dan panaskan kuali seketika.
  1. Rendam kek ke dalam campuran telur dan goreng dalam kuali sehingga perang keemasan dan rangup.
  1. Ok, dah siap pun Resepi Tuna – Kek Tuna Dan Keledek. Bolehlah hidangkan dengan sos cili.

resepi tuna
Selamat mencuba resepi tuna yang cukup enak ini. Rasakan sendiri keenakan sejati Kek Tuna Dan Keledek ini.