RESEPI UDANG PANGGANG DENGAN TOMATO SOS BERKRIM DAN KEJU

Resepi udang yang diolah dengan cara panggang ini memiliki ciri khas tersendiri. Rasanya yang masih semulajadi, aromanya sedap dan penampilan udang panggang itu sendiri memang sungguh menggoda selera!

Resepi udang panggang yang dikongsikan ini lebih sihat kerana kandungan minyak tidak banyak. Lagipun memasak dengan cara dipanggangjuga mampu menjaga citarasa manis udang dengan lebih baik.

Bagi menjamin kesedapan resepi udang dengan tomato sos berkrim dan keju ini, pastikan kita memilih udang yang betul-betul segar supaya testur isi udang tersebut tidak hancur dan hanyir.

LIKE & SHARE MAMANET

BACA: RESEPI LALA MASAK PEDAS MASAM MANIS

 

Resepi Udang

BERIKUT INI RESEPI UDANG PANGGANG  DENGAN TOMATO SOS BERKRIM DAN KEJU LENGKAP DENGAN LANGKAH DEMI LANGKAHNYA.

 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

* 4  Ekor udang bersaiz XL udang harimau atau udang putih (separuh)

* Garam dan lada sulah secukup rasa

* ½ cawan keju mozzarella

* ½ cawan keju cheddar

 resepi udangresepi udang

resepi udang

 

UNTUK MEMBUAT SOS:

* 2-3 sudu makan Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil

* 3 sudu makan bawang merah dicincang halus

*1 cawan sos pasta (Alce Nero Organic Tomato Sauce With Basil atau  Alce Nero Organic Tomato Sauce Napoletana)

*½ cawan krim

*¼ sudu teh garam

*¼ sudu teh lada hitam

*½ sudu makan gula

resepi udangresepi udang

resepi udang

CARA MEMASAK RESEPI UDANG PANGGANG DENGAN TOMATO SOS BERKRIM DAN KEJU

Masa penyediaan : 15 minit

Masa memasak : 20 minit

 

1.Cuci sehingga bersih udang. Kemudian, elah kulit bahagian belakangnya memanjang, jangan sampai putus.

2.Perapkan udang dengan garam dan lada di dalam peti sejuk selama 15-30 minit.

  1. Untuk menyediakan sosnya, panaskan Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil dan tumiskan bawang sehingga kekuningan kemudian masukkan sos pasta.
  1. Setelah sos mula mendidih, masukkan krim dan garam, lada hitam dan gula.
  1. Teruskan memasak sehingga sos menjadi pekat dan alihkan dari dapur memasak.
  1. Kemudian curah atau letakkan sos di atas udang dan campuran mozzarella dan cheddar di atasnya.
  1. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180˚C selama 15 minit sehingga keju menjadi warna perang.
  1. Taadaa… dah siap pun! Setelah udang masak, angkat dengan segera dan sajikan dalam piring yang telah disediakan. Memang cukup enak rasanya.resepi udang

 

Jadi, jangan lupa untuk mencuba resepi udang panggang dengan tomato sos berkrim dan keju yang dibawakan oleh Alce Nero ini.

Selamat mencuba dan menikmati keenakannya!