SAMBUT TAHUN BARU CINA DI RESTORAN RAKUXIN CONCORDE HOTEL SHAH ALAM

Jika anda mencari menu halal untuk sambutan Tahun Baru Cina, jom ke Concorde Hotel Shah Alam yang menawarkan Festival Kemakmuran di Restoran RakuXin. Lebih menarik lagi, ada promosi Yee Sang paling enak seperti tahun-tahun sebelumnya.

 

Tradisi melambung Yee Sang menandakan nasib baik, kekayaan, kesihatan dan umur panjang. Untuk yang belum pernah mencuba Yee Sang, datanglah ke sini sebab dijamin anda akan teruja dengan rasanya yang enak.

Restoran RakuXin

Restoran RakuXin menyajikan pilihan Yee Sang yang lazat, dari Salmon Yee Sang yang popular, Scallop Yee Sang, Pear & Salmon Yee Sang dan Pacific Clam Yee Sang, kepada Abalone Yee Sang yang mewah.

 

Sekiranya anda mahukan sesuatu yang istimewa, anda boleh memilih Ikan Maw Yee Sang atau Disney Yee Sang yang segar. Pelbagai ramuan seperti lobak putih yang dicincang, halia muda, kerepek yam, pomelo, papaya gherkins, halia merah dan putih, sos plum, kacang tanah, biji bijan dan banyak lagi ditambah ke dalam hidangan kemakmuran ini. Hidangan setahun sekali ini disajikan semasa makan tengahari dan makan malam dengan harga daripada RM 88 nett.

This slideshow requires JavaScript.

 

Lebih Banyak Menu Utama Yang Lazat di Restoran RakuXin

Bagi menjamin kemeriahan Tahun Baru, pelbagai menu yang berbeza boleh dipilih berdasarkan cita rasa dan bajet anda. Pada harga hanya RM888 nett per meja untuk 10 orang, anda boleh menikmati Salmon Segar Yee Sang, Alaskan Crabmeat dengan Sup Cendawan Shitake, Ayam Panggang dengan Sayuran Sweet Peanut Thai, Seabass Segar dengan Bawang Putih, Halia dan Sos Soy, Cendawan dengan Brokoli, Udang Laut goreng dengan Daun Emas dan Kari, Nasi Goreng Ikan Bilis, Soya Bean Hot dengan Cendawan, dan Lotus Dumpling.

 

Di samping itu, set menu berikutnya ialah set yang lebih mewah terdiri daripada Salmon Segar dengan Ikan Jeli Yee Sang, Treasure Seafood Sup, Ayam Panggang dengan Sayur Lam Heong Pedas, Steamed Golden Pomfret Fish dengan Limau dan Halia. Cendawan dengan Brokoli, Udang Laut Panggang dengan Kuning Telur, Nasi Goreng Nanas dan Kelapa Laut Panas dengan Lotus Dumpling. Set ini berharga RM1,088 set untuk 10 orang.

 

Menu yang lebih istimewa yang telah dihidangkan kepada team 123mamanet ialah terdiri daripada Salmon Segar dengan Pasifik Clam Yee Sang, Scallop Kering dengan Sup Cendawan Hitam, Kombinasi Itik & Ayam Panggang, Ikan Kerapu Merah Kukus dengan Sos Halia dan Bawang Putih, Sayur Brokoli dengan Abalone, Udang Panggang dengan Sos Kacang Madu, Nasi Goreng, Air Longan dengan Lotus Seed, dan Golden Mochi dengan inti biji lotus. Set ini berharga RM1,188 nett untuk 10 orang.

 

Hidangan bagi pesta Yee Sang dan festival perayaan Tahun Baru Cina ini boleh didapati dari jam 12.00 pm hingga 8.00 pm dari 22 Januari hingga 19 Februari 2019 di Restoran Raku Xin, Concorde Hotel Shah Alam.

 

Untuk tempahan dan info, anda boleh hubungi Restoran RakuXin 03-5512 2200 atau layari http://shahalam.concordehotelsresorts.com.

 

(Visited 7,839 times, 1 visits today)