REZEKI ITU DATANG DALAM PELBAGAI BENTUK

Anda buat anda dapat! Betul kah setiap yang anda kerjakan itu akan mendapat balasan yang setimpal? Bagaimana pula dengan balasan yang berganda-ganda? Itulah yang dikatakan rezeki.

Ramai orang bersikap kalkulatif iaitu 1+1=2 atau 1×700 = 700. Jadi, bila mereka bersedekah atau berzakat, mereka hanya melihat secara zahir.

Contohnya situasi bila kita lihat ada orang tua duduk di tepi bank sambil menjual kerepek. Hendak beli, ada banyak lagi stok kerepek di rumah. Jadi, kita bercadang memberi makcik itu sedekah. Dalam fikirkan kita akan berkata, “Aku sedekah RM2 ini bolehlah dia buat beli air.”

Saat itu, mungkin terlintas di hati kita memohon agar Allah berikan pula rezeki yang berganda pada kita. Begitu juga apabila kita berzakat, kita berharap akan wang kita akan bertambah.

Ikuti video ini (klik gambar)

rezeki

Rezeki Bukan Sekadar Wang

Hakikatnya kita tidak sedar bahawa  meskipun wang ringgit kita tidak bertambah secara nyata tetapi kita diberikan kesihatan atau diri kita dijauhkan dengan musibah. Tidak ada kemalangan atau kerosakan terhadap harta benda itu. Itu juga dikira rezeki kepada Allah melindungi kita dari segala bala.

Kita juga mungkin hanya memakai kereta lama tetapi kereta itu tidak banyak meragam. Pernah tak tengok ada kereta baru yang tersadai kerana rosak? Jadi, bersyukurlah selalu dengan apa yang kita ada kerana kita tidak susah atau menyusahkan orang lain. Kebahagiaan hidup itu lebih penting.

Rezeki itu janji Allah dan bukan harta benda semata-mata. Rezeki akan datang dalam pelbagai bentuk. Jadi, tidak perlu menunjuk-nunjuk kemewahan metarial kepada orang lain yang tidak memiliki. Apatah lagi kalau masih ada hutang.

rezeki

Foto kredit Muslim Matters

Zakat Sucikan Harta Benda dan Didik Hati

Kelebihan zakat bukan sekadar menyucikan harta benda tetapi mendidik hati kita juga. Menunaikan zakat dapat mendidik kita untuk rasa bertanggung jawab. Oleh itu, sifat itu pun pasti tertanam dalam rutin harian dan pekerjaan kita. Tidak mustahil untuk kita dilihatkan sebagai calon ketua dan sebagainya.

Maka sebab itu, zakat dapat membantu membentuk individu dan organisasi yang lebih kukuh dari segi ekonomi dan insaniah. Paling penting tunaikan zakat anda pada pihak yang telah dilantik untuk menguruskannya.

rezeki

Hiduplah dengan cara sederhana dan berzakatlah untuk rasa yang lebih tenang dan damai. Syukur selalu.

Kredit: Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP)

#123mamanet #Kitabuatkerjakita #akuzakatdanvolkswagen #Tuhantahu #ppz #maiwp

BACA: APA MOTIF MEREKA MENYEBAR BERITA TIDAK BENAR?