ROMANO MAN KUASAI KEHIDUPAN DAN PERCINTAAN

Ingat lelaki Ingat Romano! Tidak dinafikan lelaki moden hari ini menghadapi kehidupan penuh cabaran. Mereka adalah lelaki yang berdikari dan sentiasa ke hadapan. Bagi mereka, kelihatan segak dan penuh yakin adalah asas penting dalam menyahut cabaran, seterusnya tampil juara dalam setiap situasi.

 

 

Wangian maskulin yang hebat pastinya menjadi senjata rahsia untuk menyerlahkan personaliti serta keyakinan diri. Istilah kejayaan adalah kemampuan untuk menguasai dan menikmati kehidupan samada dari aspek kehidupan peribadi, sosial atau profesional- Itulah ROMANO Man.

 

ROMANO Man sememangnya tiada tandingan ketika di lapangan kerjaya. Beliau percaya diri, sentiasa bersedia dan memastikan apa yang dilakukan dalam kawalan. Menjadi daya penarik kemana sahaja beliau pergi dengan mudah dan disegani. Dihormati, tiada batasan dan sentiasa di puncak permainan, seorang ROMANO Man adalah lambang kejayaan lelaki yang sebenar.

 

Kehidupan sosial beliau sangat aktif dan beliau sentiasa tahu bagaimana untuk menikmati setiap perkara di dalam hidup. Seorang lelaki moden yang periang, gembira sukakan keseronokan, ROMANO Man semestinya menjalani kehidupan sepenuhnya.

romano

“Kuasai Kehidupan” Adalah Pegangan Romano Man Untuk Terus Berjaya

Wangian ROMANO Eau De Toilette terbaru dicipta untuk lelaki moden bagi menyerlahkan bau lelaki sebenar. Ia mampu mencetuskan tindak balas semulajadi kepada kaum wanita untuk melihat dan merasai kehadiran beliau di mana-mana ruang. Bau maskulin yang terhasil mendorong tarikan terhadap individu berlainan jantina serta mewujudkan perasaan selesa untuk berkomunikasi sesama kaum lelaki.

 

ROMANO Eau De Toilette hadir dalam 2 variasi: Force dan Unique sesuai untuk padanan identiti kontemporari anda.

romano

ROMANO Eau De Toilette – Force

Ia mewakili lelaki kelas atasan dengan kekuatan memimpin serta mendapatkan apa yang diingini. Kejayaan beliau selalunya tercipta dengan sendiri dan bersahaja tanpa perlu bersusah payah, namun mampu memberikan impak yang kuat seperti kuasa alam semulajadi.

 

Wangian Force menyerlahkan bauan hijau segar yang mirip bau alam. Kesegarannya disemarakkan dengan nota sitrus serta aroma lavender yang dilapisi nuansa laut serta bau maskulin. Wangian segar ini di reka khas untuk lelaki moden yang sukakan kebebasan dan cabaran.

romano

ROMANO Eau De Toilette – Unique

Dicipta untuk lelaki yang sentiasa yakin dengan potensi diri dan mempunyai daya tarikan tersendiri. Beliau sentiasa memandang kehadapan, dan terus maju dalam kehidupan. Seorang lelaki yang mampu mencipta hubungan dan perbualan melalui cara yang unik.

 

Wangian Unique mempu memberikan kesegaran melalui lapisan lavender dan bergamot, seterusnya berakhir dengan nuansa gabungan kayu sandalwood dan patchouli. Wangian moden ini memberi daya tarikan, keyakinan dan aura tersendiri kepada kaum lelaki.

romano

ROMANO EDT Fragrance is indeed that final touch of posh to complement your successful personality.

Wangian ROMANO EDT ternyata merupakan sentuhan terakhir penuh kemewahan bagi melengkapkan personaliti seorang lelaki yang berjaya.

ROMANO Eau De Toilette dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terkemuka seluruh Malaysia.

 

BACA: LIMA CARA MENINGKATKAN KESUBURAN LELAKI YANG BERKESAN

(Visited 3 times, 1 visits today)