12 SOLUSI EFEKTIF MERAWAT RUAM LAMPIN BAYI

Biarpun ruam lampin ini bukan masalah yang terlalu serius, namun jika tidak diatasi ia tetap menganggu keselesaan sehingga bayi anda cenderung menjadi lebih meragam!

Ruam lampin merupakan peradangan pada kulit bayi di kawasan yang tertutup dengan lampin. Biasanya terjadi di celahan paha, di bahagian bawah getah lampin, sekitar alat kelamin dan punggung.

ruam lampin

Cara Terbaik Untuk Mencegah Ruam Lampin Pada Bayi  

  1. Jangan lupa cuci tangan anda sebelum dan selepas anda menukar lampin bayi.

  1. Cepat-cepatlah tukar lampin bayi yang dah basah dan lakukan sekerap yang mungkin, jangan tunggu sampai ‘lenjun’ sehingga tembus.

  1. Ruam lampin boleh disebabkan oleh bakteria yang terdapat di dalam air kencing atau najis.

  1. Bersihkan seluruh bahagian kulit yang sering tertutup sampai ke pinggang terutama ketika menukar lampin bayi.

ruam lampin

  1. Jangan biarkan bayi sentiasa memakai lampin. Kulit bayi juga memerlukan peredaran udara yang baik supaya boleh bernafas. Semakin kerap kulit bayi bebas daripada lampin dan kena udara, risiko ruam bayi juga akan jadi semakin berkurangan.

  1. Selepas siap membersihkannya, lap kulit bayi sampai kering sebelum memakai lampin bayi yang baru.

  1. Pakaikan lampin bayi yang lebih besar sepanjang masa penyembuhan ruam tersebut.

ruam lampin

  1. Jika bayi anda menggunakan lampin jenis kain, cucilah lampin tersebut sehingga bersih dan elakkan menggunakan pewangi pakaian.

  1. Penggunaan tisu basah atau sabun yang mengandungi alkohol serta pewangi boleh memparahkan lagi masalah ruam lampin tersebut. Jadi, hindarinya.

  1. Hindari juga penggunaan bedak kerana ia boleh mengundang iritasi kulit sekaligus iritasi pada paru-paru bayi anda.

  1. Lampin bayi tak kiralah lampin pakai buang ataupun lampin kain yang terlalu ketat boleh berlaga dengan kulit bayi. Perkara ini mengundang ruam atau melecet pada kulitnya yang masih lembut. Pastikan anda memilih lampin bayi yang lembut dan selesa untuknya.

ruam lampin

  1. Pastikan juga anda memilih lampin bayi yang sudah diuji secara klinikal sehingga sesuai untuk kulit sensitif.

Itulah beberapa cara untuk mengatasi masalah ruam lampin bayi anda. Apapun kebersihan bayi adalah faktor utama dan penting dititikberatkan supaya kesihatan bayi terjamin.

BACA: 5 JENIS RUAM KULIT INI SERING SERANG ANAK