KETAHUI 8 MANFAAT KECANTIKAN SAFI FAIR BEAUTY

Bukan semua wanita berasa yakin dengan diri sendiri. Jadi, sebab itulah  SAFI Fair Beauty hadir dan amat memahami! Adakalanya hanya disebabkan masalah kulit wajah yang kusam serta tona yang tidak sekata boleh menurunkan keyakinan diri seseorang. Hakikatnya, rungutan tentang masalah sebegini bukanlah sesuatu yang baru.

 

Tabiat pemakanan yang tidak sihat, tekanan, kualiti tidur yang merosot, dehidrasi dan kotoran serta habuk akibat pencemaran merupakan faktor-faktor utama kulit wajah rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia.

 

Safi Fair Beauty Cegah Kulit Wajah Rosak

Memahami aspirasi setiap gadis untuk tampil cerah dan yakin, SAFI- jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia kini tampil memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah – SAFI Fair Beauty sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan para gadis.

 

SAFI menggenggam utuh falsafah bahawa setiap gadis berhak memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri tanpa perlu bimbang kerana setiap masalah kulit wajah wanita, SAFI selesaikan.

Teknologi BIO. Fairness

Kelahiran semula ini bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan menawan, malah rumusannya juga didatangkan dengan teknologi BIO.Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang. Sebagai pelengkap kepada rutin penjagaan wajah, turut diperkenalkan produk terbaru iaitu Krim BB Pencerah Wajah SAFI Fair Beauty.

safi fair beauty

 

 

Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuan. Pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi dan pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Penggunaan secara rutin akan membuatkan kulit wajah kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV berbahaya.

 

Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikanya ejen pencerah, pelembap, dan pelindung dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas.

safi fair beauty

Ekstrak Organik Limau Gedang

Sebagai tambahan kepada teknologi BIO.Fairness, ia turut menggabungkan ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja!

 

8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty

  1. Mencerahkan kulit
  2. Menyamaratakan tona kulit
  3. Kulit berseri merah jambu
  4. Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
  5. Memberi perlindungan UV
  6. Melembutkan dan menghaluskan kulit
  7. Melicinkan kulit
  8. Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit.

 

Cubalah sendiri dan rasakan manfaat SAFI Fair Beauty yang baharu serta dilengkapi dengan teknologi BIO.Fairness ini!