SAJIAN ENAK TAHUN BARU CINA 2019 DI TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Masa begitu pantas berlalu. Tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan Tahun Baru Cina pula. Sesi ‘makan besar’ malam tahun baru sudah menjadi tradisi bagi masyarakat Cina untuk meraikannya.

Justeru itu, bagi mengalu-alukan perayaan ini, Grand BlueWave Hotel Shah Alam telah memperkenalkan menu untuk perayaan Tahun Baru Cina 2019 iaitu Halal Auspicious Yee Sang, Poon Choy Set, dan Golden Prosperity Chinese New Year Set. Jangan risau atau was-was untuk menikmatinya sebab Tung Yuen Chinese Restaurant diiktiraf dengan sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Tahun Baru Cina

 

Pelbagai Menu Menarik

Terdapat pelbagai menu menarik yang telah disediakan secara eksklusif oleh Chef Chinese Cuisine, Chef Patrick. Kesemua menu menarik tersebut boleh anda nikmati di Tung Yuen Restaurant, Aras 1, Grand BlueWave Hotel bermula 15 Januari hingga 28 Februari 2019, dari jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang untuk makan tengahari. Manakala untuk makan malam pula, bermula dari jam 6.30 malam hingga 10.30 malam.

Tahun Baru Cina

Yee Sang Wajib Ada!

Auspicious Yee Sang, sejenis pembuka selera yang perlu ada semasa Tahun Baru Cina. Tetamu boleh memilih dari empat pilihan mewah yang ditawarkan iaitu Yee Sang dengan Abalone yang dihiris dan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan dan Sayuran Tuna Yee Sang. Harga bermula dari serendah RM40.00 +.

Tahun Baru Cina

Poon Choy Set, Hidangan Tradisional Cina

Selain itu, hidangan yang wajib ada semasa sambutan Tahun Baru Lunar ialah Poon Choy Set. Terdapat dua jenis Poon Choy Set di Restoran Tung Yuen di mana Set A berharga dari RM988.00+ dan Set B yang berharga dari RM1288.00+, sesuai untuk 10 orang. Poon Choy ialah satu hidangan tradisional Cina yang menjadi kebiasaan di China dan dihidangkan dalam kayu besar, porselin atau peti logam. Special Take Away Prosperity Pot “Poon Choy” juga boleh didapati dengan harga RM680.00 + (termasuk Pot Stainless Steel).

 

Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu

Untuk melengkapkan lagi keseronokan menyambut Tahun Baru Cina, turut disediakan hidangan Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu yang cukup menyelerakan. Memang sesuai buat seisi keluarga, perjumpaan syarikat ataupun bersama rakan-rakan.

Terdapat empat set menu yang ditawarkan iaitu, Auspicious Good Luck berharga dari RM1088.00+, Joyful Reunion berharga dari RM1288.00+, Auspicious Good Health berharga dari RM1488.00+.

Ketiga-tiga menu ini sesuai untuk 10 orang. Manakala, Super Value Auspicious Good Health pula  ditawarkan dengan harga RM898.00+ dan sesuai untuk 6 orang.

 

Harga Yang Ditawarkan:

  1. Auspicious Yee Sang dari RM40.00 nett
  2. Golden Prosperity CNY Set Menu
  •          RM1088.00+ (Auspicious Good Luck, 10 pax)
  •          RM1288.00+ (Joyful Reunion, 10 pax)
  •          RM1488.00+ (Auspicious Good Health, 10 pax)
  •          RM898.00 nett (Super Value Auspicious Good Health, 6 pax)
  1. Poon Choy Set – RM1288.00+ (Set A) dan RM988.00+ (Set B)
  1. Special Takeaway Prosperity Pot – RM680.00+ (Termasuk Stainless Steel pot)

 

Waktu Operasi:

Hari : Isnin – Ahad (7 hari seminggu)

Masa: 11.30 pagi – 2.30 petang (Makan tengahari)

6.30 petang – 10.30 petang (Makan malam)

 

** Semua harga adalah tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan.

 

Segeralah Buat Tempahan

Ayuh, nikmati detik-detik indah di Tahun Baru Cina bersama sahabat handai atau keluarga tersayang di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.

 

Untuk keselesaan, silalah membuat tempahan terlebih dahulu di Tung Yuen Chinese Restaurant.

Hubungi  talian 03-5511 8811 ext. 2616 atau Bahagian Telepemasaran 2724.

 

Layari laman web www.bluewavehotels.com

Facebook: www.facebook.com/grandbluewave

 

(Visited 2,871 times, 1 visits today)