SALAH PILIH JENIS KASUT BOLEH BUAT BENTUK KAKI KITA JADI CACAT SEPANJANG HAYAT!

Pelbagai rekaan dan jenis kasut berlegar di pasaran. Kadang-kadang sampai tak keruan untuk memilihnya. Memang rambang matalah dibuatnya!

Kasut sudah menjadi sebahagian kegunaan penting dalam kehidupan kita. Kita menggunakan kasut dalam pelbagai aktiviti. Setiap dari kita mempunyai alasan dan selera yang berbeza-beza dalam ketika memilih jenis kasut yang disukai.

Ada yang membeli kasut untuk keperluaan tertentu seperti bekerja, bersukan dan ada yang hanya sekadar ingin mengikuti trend.

Tak kurang juga ada yang cuba menyesuaikan kasut dengan warna pakaian mereka. Ada pula yang terpengaruh untuk membelinya hanya disebabkan tertarik dengan rekaannya.

Sebenarnya ramai  di antara kita yang melupakan kepentingan sebenar kita memakai kasut iaitu faktor kesihatan. Badan adalah aset utama yang perlu kita jaga, dan kesihatan seharusnya kita utamakan.jenis kasut

JADI, APAKAH JENIS KASUT YANG TEPAT DAN BAGUS UNTUK KESIHATAN  DAN TAK BUAT BENTUK KAKI KITA MENJADI BURUK SEPANJANG HAYAT? NAK TAHU, BACA ARTIKEL INI SAMPAI HABIS!

1. SESUAIKAN UKURAN ATAU SAIZ KASUT

Jangan terlalu longgar dan jangan terlalu sempit juga. Mengetahui ukuran atau saiz kaki kita sendiri ketika membeli kasut adalah perkara pertama yang mesti kita lakukan.

Kita perlu ambil kira tentang ukuran atau saiz kaki secara teratur kerana ia akan berubah seiring dengan waktu dan perubahan usia kita.jenis kasut

  1. BENTUK KAKI

Mengetahui bentuk kaki juga sangat penting untuk mengetahui jenis kasut yang sesuai. Ia saling berkait dengan rekaan kasut yang akan kita pilih.

Jika kita mempunyai betis yang besar, kita tidak digalakkan memakai kasut jenis boots yang lebih sesuai digayakan oleh mereka yang berbetis kecil. Jenis kasut

3.REKAAN DAN BENTUK KASUT

Di samping itu, perkara yang juga penting dan perlu kita berikan perhatian adalah di bahagian tapak kasut. Pastikan tapaknya mampu menyokong bentuk tapak kaki kita dengan baik.

Jika kita ingin memakai kasut jenis platform atau wedges, sebaiknya pilihlah yang tapaknya tidak terlalu tinggi, tidak runcing, tidak terlalu tebal dan menyediakan tapak bentuk kaki yang tidak curam.

Begitu juga apabila kita ingin memilih jenis kasut yang hujungnya runcing atau tajam. Pilih bahan yang lebih lembut, tidak terlalu keras sehingga cukup menyeksakan hujung-hujung jari kaki kita.

Untuk pemakaian kasut sehari-hari, pilih jenis kasut yang betul-betul selesa dan tumitnya tidak terlalu tinggi.

Biarkan bahagian depan kasut mampu melapangkan gerakan kaki dengan ruang yang  cukup luas untuk jari-jari kaki kita bergerak.jenis kasut

  1. MATERIAL KASUT

Kasut yang bagus untuk kesihatan adalah jenis kasut yang lentur. Ini adalah kerana kasut yang lentur akan membuatkan kaki kita berasa selesa.

Kasut yang keras atau kaku boleh menyebabkan kaki kita terluka, melecet atau mengakibatkan iritasi pada kulit kaki.

Jadi, pastikan kita memilih kasut dari material lentur supaya kaki kita tetap rasa selesa dan sihat.Peluh yang terkurung atau terperap di dalam kasut bukan sahaja boleh menimbulkan bau yang tidak sedap. Bahkan juga membuatkan kaki kita berasa tidak selesa.

Kaki yang terkurung selama berjam-jam boleh melepuh, melecet dan sakit. Oleh sebab itulah agar tetap sihat, pilihlah jenis kasut yang diperbuat dari bahan kulit, suede atau kain supaya kaki boleh bernafas. Hindari penggunaan kasut dari material synthetic memandangkan ia tidak boleh menyerap peluh.

jenis kasut

Untuk menjaga kesihatan badan, pilihlah jenis kasut yang  betul-betul selesa, menepati saiz dan bentuk kaki serta simple rekaannya supaya tidak menganggu jari, ibu kaki, tumit dan tulang tumit supaya tidak melecet.