SAMSUNG GALAXY S9 DAN S9+ REVOLUSI BARU KOMUNIKASI RAKYAT MALAYSIA

Pelancaran Samsung Galaxy S9 dan S9+ membuktikan bahawa Samsung terus menginovasikan dan mentakrifkan semula batasan teknologi, dan membawakan cara baru untuk rakyat Malaysia mengecapi kehidupan.

 

Produk ini telah mendapat sambutan baik seluruh dunia dan menerima lebih 30 anugerah di Mobile World Congress 2018 baru-baru ini, termasuklah “Best New Connected Device” dan “Best Mobile VR or AR”.

 

Kemunculan istimewa pelakon dan bintang dari Korea, Park BoGum menambahkan lagi kemeriahan acara ini yang benar-benar membangkitkan minat para pengunjung.

 

Putera ‘Love in the Moonlight’ yang muncul dalam salah satu iklan Samsung yang terkini, mempunyai misi untuk mengecapi kehidupan dengan cara yang serba baru bersama peminat-peminatnya di Malaysia melalui ciri-ciri baru Galaxy S9 dan S9+ yang hebat seperti rakaman video Super Slow-mo.

Samsung Galaxy

 

Samsung Galaxy S9 Dan  S9+ Cara Komunikasi Masa Kini

“Galaxy S9 dan S9+ diilhamkan berdasarkan cara komunikasi masa kini di dalam laman sosial. Cara-cara untuk mengekspresi diri telah berubah dan komunikasi melalui teks di kalangan pengguna semakin berkurangan. Sebaliknya, pengguna lebih gemar menggunakan imej, video dan emoji untuk berinteraksi. Kami telah memperbaharui reka bentuk dan mempertingkatkan kameranya,” jelas KM Liew, Ketua Perniagaan Teknologi Maklumat (IT) dan Mudah Alih, Samsung Malaysia Electronics.

samsung galaxy

Ciri Ar Emoji Baru Serta Kamera Lebih Canggih

“Galaxy S9 dan S9+ kini tiba dengan ciri AR Emoji baru serta kamera yang mempunyai fungsi Super Slow-mo dan Super Low Light. Ciri-ciri ini mampu membantu pengguna mendalami suatu pengalaman komunikasi secara visual yang luar biasa, disesuaikan untuk setiap pengguna mengikut keunikan individu masing-masing. Untuk mereka yang percaya akan satu gambar melambangkan seribu kata, Galaxy S9 dan S9+ merupakan pilihan yang tepat,” tambah beliau lagi.

samsung galaxy

Kamera Galaxy S9 dan S9+ dibina khusus untuk pengguna dengan sensor Super Speed Dual Pixel serta kuasa pemprosesan dan memori khusus untuk merakam gambar yang menakjubkan. DxOMark, standard industri ukuran kualiti imej kamera dan lensa yang dipercayai, telah memperakui dan memberi kamera Samsung yang telah diperbaharui skor tertinggi bagi penarafan gabungan foto dan video pada kamera telefon pintar.

 

 

Pemberian skor tinggi terhadap Galaxy S9 and S9+ dikaitkan dengan prestasinya hebat dalam keadaan pencahayaan yang rendah. Dengan fungsi yang seumpama dengan mata manusia, kamera Dual Aperture Samsung (F1.5 / F2.4) menyelaraskan bukaan secara automatik mengikut keadaan pencahayaan.

samsung galaxy

Bukaan lensa yang lebih besar (F1.5) untuk membenarkan lebih banyak cahaya masuk dalam keadaan gelap, atau bukaan rendah (F2.4) dalam keadaan terang supaya foto terang dan jelas.

 

Di samping itu, ciri dwikamera yang popular juga didapati pada Galaxy S9+, yang membolehkan pengguna terus merakam gambar potret secara profesional dengan fungsi ‘Live Focus’.

 

Pengguna kini dapat mengekspresikan diri mereka menerusi cara yang serba baru – dengan adanya ciri-ciri AR Emoji dan Super Slow-mo yang dilengkapi pada Galaxy S9 dan S9+.

 

Hiburan Dipertingkatkan

Telefon pintar kini semakin menjadi pilihan untuk mendapatkan hiburan, inilah sebabnya Samsung menghasilkan peranti yang menawarkan pengalaman bunyi yang premium dengan pembesar suara stereo yang ditala oleh AKG. Audio Galaxy S9 dan S9+ juga menyokong Dolby Atmos, memberikan kesan bunyi sinematik 360 darjah yang hebat.

 

Peranti Untuk Gaya Hidup Terhubung

Sebagai telefon pintar yang pertama menyokong aplikasi SmartThings yang baru, Galaxy S9 dan S9+ merupakan hab pusat untuk menguruskan setiap aspek gaya hidup terhubung di rumah, di pejabat, atau di mana-mana sahaja. Samsung DeX generasi seterusnya memperkasakan gaya hidup mudah alih dengan memberikan pengalaman skrin penuh yang besar kepada telefon bimbit mudah alih.

 

Asas Galaxy Sebagai Standard Emas 

Samsung menetapkan standard emas bagi telefon pintar dengan IP68  yang kalis air dan habuk serta pengecasan tanpa wayar yang lebih maju dengan Galaxy S9 dan S9+. Kini peranti ini menyokong memori yang boleh ditambah sehingga 400GB dengan Kad Mikro SD.

 

Galaxy S9 dan S9+ membawa pemantauan kesihatan ke tahap yang lebih maju dengan sensor optik yang diperbaharui dibina di dalam peranti supaya dapat memberikan maklumat yang lebih banyak dan tepat mengenai status kesihatan pengguna. Sensor ini membolehkan Galaxy S9 dan S9+ mengawasi Heart Load Factor pengguna, ukuran baru bagi beban yang dialami oleh jantung secara masa nyata.

 

Selain itu, ada banyak lagi kelebihan yang dibawakan oleh telefon ini.  Samsung Galaxy S9 dan S9+ sudah berada di pasaran Malaysia sejak16 Mac 2018 dari RM3,299 hingga RM4,399.

  • Galaxy S9 64GB (Midnight Black/Coral Blue/Lilac Purple) RM3,299
  • Galaxy S9+ 64GB (Midnight Black/Coral Blue/Lilac Purple) RM3,799
  • Galaxy S9+ 128GB (Midnight Black/Coral Blue/Lilac Purple) RM3,999
  • Galaxy S9+ 256GB (Midnight Black) RM4,399

www.samsung.com/my/offer/s9-mobile-roadshow/

BACA: 10 TIP PERCUTIAN YANG BUAT KITA JIMAT HABIS