SANTAI PETANG BERSAMA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Semalam telah berlangsung majlis Santai Petang Bersama Mufti Wilayah Persekutuan, S.S Dato’ Seri Dr. Hj. Zulkifli Mohamad Al- Bakri, anjuran Pusat Punggutan Zakat Wilayah (PPZ-MAIWP), bertempat di Restoran Terapung D’Saji, Kuala Lumpur.

Majlis yang turut dihadiri oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dan usahawan-usahawan ini diadakan untuk menyebarkan infromasi berkaitan kutipan dan agihan zakat di Wilayah Persekutuan, sekaligus menjawab apa sahaja persoalan atau kemusykilan yang sering bermain di fikiran masyarakat kepada S.S Dato’ Mufti. Lebih 100 orang peserta hadir dalam majlis ini.

santai petang

 

Santai Petang Dapat Sambutan Menggalakkan

Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan pelbagai pertanyaan yang diajukan. Antaranya tentang pembayaran zakat secara persendirian, terlupa membayar zakat fitrah Ramadhan yang lepas, konsep pengagihan zakat dan dilema harta pusaka. Semuanya dijawab oleh Dato’ Mufti dengan penerangan yang begitu teliti dan jelas sekali.

santai petang

Biarpun pertemuan tersebut berlangsung tak sampai tiga jam, namun perkongsian ilmu ini cukup bermakna. Hakikat yang perlu kita sedari, harta benda dan segala apa yang kita miliki di dunia ini adalah milik Allah S.W.T.  termasuklah diri kita sendiri. Semua hanya pinjaman semata-mata! Memanfaatkan zakat adalah sebaik-baik ungkapan rasa syukur atas nikmat yang telah diberikan-Nya kepada kita.

santai petang

Tahniah buat PPZ-MAIWP kerana berjaya mengadakan program sebegini dalam mendekati orang ramai khususnya para NGO dan usahawan-usahawan tempatan bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan pengurusan zakat khususnya.

 

Untuk info atau maklumat lanjut hubungi Talian Zakat: 1-300-88-5757

 

#ppzmaiwp #ppzwilayah #zakat2u #bayarsekarang #lagimudah #lagimudahzakat2u #lagimudahzakatwilayah #lagimudahzakatppz