Sarapan Sihat, 5 Alasan Kenapa Ia Perlu

sarapan sihat

foto healtiack

Sarapan sihat sudah semestinya kaya dengan nutrisi penting. Menikmati sarapan pagi juga sangat penting sebelum kita memulakan rutin harian kita dengan pelbagai aktiviti.

 

Ini adalah kerana tubuh memerlukan energi dari berbagai nutrisi dan vitamin yang terkandung di dalam menu sarapan pagi kita. Sungguhpun begitu, masih ramai di antara kita yang mengabaikan kepentingannya.

 

Buang jauh-jauh segala tanggapan yang mengatakan bersarapan pagi hanya akan merosakkan diet. Perkara ini adalah tidak benar sama sekali. Bersarapan secara teratur sebenarnya boleh membantu kita menurunkan berat badan!

 

Sama ada sarapan ala Barat atau Timur, anda perlu pandai memilih sarapan yang seimbang.

 

Ketahui juga menu diet buat anda lebih cepat kurus.

 

Antara alasan yang sering diguna pakai ketika menolak sarapan pagi:

  • Sedang berdiet.
  • Nak cepat, tak sempat!
  • Tidak menggemari dengan makana n yang disediakan.
  • Belum terasa lapar.

Berikut ini alasan mengapa perlu mengambil sarapan sihat pada setiap hari:

 

  1. Sumber Energi
sarapan sihat

foto-authoritynutrition

Sarapan pagi akan memberikan otak kita bahan bakar, sehingga pengaliran darah ke otak menjadi lebih lancar.

 

Sarapan sihat akan membuatkan kita menjadi lebih fokus, meningkatkan daya kosentrasi dalam bekerja/belajar serta meningkatkan kemampuan kita dalam menyelesaikan masalah.

 

Antara menu sarapan pagi yang berkhasiat, seperti telur, ikan, ayam, nasi, roti, bijirin atau oatmeal serta buah-buahan.

 

 

  1. Badan Lebih Kuat
sarapan sihat

foto-acpublishinglabs

Sarapan sihat di pagi hari sangat penting bagi tubuh kerana pada pagi hari sistem penghadaman sedang memulakan proses.

 

Bagi memastikan proses tersebut berjalan dengan sempurna, diperlukan adanya stimulasi atau rangsangan, iaitu dengan kemasukkan makanan ke dalam badan,sehingga merangsang gerak kerja usus untuk mengeluarkan makanan yang lama dan merangsang pengeluaran enzim di dalam penghadaman.

 

Sisa-sisa zat yang tidak diberguna perlu dikeluarkan sebagai sebahagian detoksifikasi tubuh. Di samping itu, menu sarapan sihat dengan makanan tinggi protein juga akan memberikan energi sepanjang hari serta membuatkan badan menjadi lebih fit dan tidak mudah penat.

 

Selain itu, sarapan yang teratur juga mampu meningkatkan hormon dalam tubuh yangmemainkan peranan untuk mengaktifkan sel-sel daya ketahanan tubuh, sehingga kita tidak mudah tewas dengan serangan virus dan bakteria.

 

 

  1. Mengelakkan Makan Banyak
sarapan sihat

foto-acpublishinglabs

Bersarapan akan melancarkan lagi program diet yang sedang dilakukan. Melambatkan sarapan hanya akan membuatkan tubuh menjadi kelaparan,sehingga anda akan makan secara berlebihan ketika menikmati makan tengahari.

 

Pengambilan sarapan sihat secara rutin juga akan membatu peningkatan metabolisme tubuh dan meningkatkan kemampuan tubuh dalam membakar lemak. Disebabkan kestabilan metabolisme tersebut, anda cenderung tidak akan mengambil banyak kalori lain sepanjang hari.

 

 

  1. Mengurangkan Lemak Di Perut
sarapan sihat

foto-corporatefitnesssource

Pengambilan sarapan pagi yang berkhasiat juga akan membuatkan anda mampu menahan diri daripada godaan pengambilan makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori tinggi.

 

Ianya sekaligus akan menahan keinginan anda untuk mengunyah atau menikmati kudapan sewaktu minum petang dan sebagainya.

 

 

  1. Menurunkan Risiko Terkena Penyakit Berbahaya
sarapan sihat

foto-corporatefitnesssource

Pengambilan sarapan sihat pada setiap hari juga dapat menjauhkan kita dari penyakit-penyakit berbahaya seperti diabetis dan penyakit jantung.

 

Orang yang malas bersarapan pagi mempunyai kecenderungan mempunyai kadar gula darah dan kolesterol yang tinggi jika dibandingan dengan mereka yang rajin bersarapan. Kolesterol tinggi merupakan faktor utama penyebab penyakit jantung.

 

 

Itulah beberapa alasan penting kenapa kita perlu mengambil sarapan sihat secara teratur.

 

LIKE & SHARE MAMANET