ALTERNATIF SARAPAN SIHAT YOGURT FERNLEAF BAHARU – RENDAH LEMAK DAN KURANG MANIS

Mulakan hari anda dengan lebih cergas dan ceria bersama sarapan sihat  Yogurt Fernleaf baharu. Diperbuat daripada 100% susu dari New Zealand untuk memberikan kebaikan tenusu kepada warga Malaysia yang sentiasa sibuk pada waktu pagi!

 

Yogurt Fernleaf merupakan keluaran terbaharu dari jenama tenusu ini, yang mempunyai warisan dan dipercayai sebagai Trusted GoodnessTM oleh para ibu di Malaysia untuk keluarga mereka. Semenjak 30 tahun yang lalu, Fernleaf membawakan kebaikan tenusu dari ladang di New Zealand kepada para keluarga di seluruh Malaysia dan menyediakan produk susu yang berkhasiat untuk menyumbang kepada diet yang sihat dan seimbang.

 

Dengan tekstur lembut berkrim, rangkaian yogurt baharu ini merupakan pilihan yang lebih sihat dan lazat untuk seisi keluarga. Yogurt Fernleaf mempunyai logo ‘Healthier Choice’ yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah memenuhi kriteria kesihatan yang telah ditetapkan, iaitu rendah lemak dan kurang manis.

 

Yogurt Fernleaf kurang manis berbanding jenama-jenama yogurt yang lain. Ia begitu digemari ramai sehinggakan satu tinjauan pengguna mendapati bahawa 9 daripada 10 orang yang mencuba Yogurt Fernleaf akan menggantikan jenama yogurt yang biasanya mereka makan dan juga 99% pengguna akan menyarankan Yogurt Fernleaf kepada keluarga dan rakan-rakan mereka.

 

Waktu pagi boleh menjadi waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan keluarga di Malaysia. Kebanyakan orang hanya sempat merias diri buat seketika sebelum bergegas untuk ke sekolah atau tempat kerja untuk mengatasi kesesakan lalu lintas. Oleh itu, mereka biasanya tidak mengambil sarapan. Namun kita semua juga tahu akan kepentingan sarapan dalam memberikan tenaga untuk memulakan hari.

 

Menurut Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, dengan pengambilan Yogurt Fernleaf, kita dapat memulakan hari kita dengan betul! Walaupun pada pagi yang paling sibuk sekalipun, yogurt merupakan sarapan yang mudah, lazat dan juga tidak mengambil masa yang panjang. Kita tidak perlu lagi mengalami rasa lapar pada waktu pagi! Alternatif yang mudah dan enak ini dapat membantu  kita seisi keluarga menjalani haridengan penuh bertenaga.

sarapan sihat

 

Sarapan Sihat Dengan Snek Berkhasiat

Yogurt Fernleaf boleh dinikmati begitu sahaja, namun ia juga enak apabila digabungkan dengan snek sihat yang lain. Contohnya, anda boleh mencampurkannya dengan oat, bijian, kekacang dan buah beri di dalam sebuah balang untuk menghasilkan oat semalaman yang menarik sebagai sarapan yang mudah dan mengenyangkan. Atau, campurkan muesli yang rangup atau granola dengan Yogurt Fernleaf untuk sarapan yang memuaskan!

 

Pada waktu pagi di hujung minggu, apabila anda kurang sibuk, berikan keluarga anda suatu kejutan gembira dengan salad telur yang berkhasiat dan lazat, dengan menggantikan mayonis dengan Yogurt Fernleaf yang sememangnya lebih sihat. Sajikan salad tersebut di atas roti gandum penuh dengan taburan kacang walnut, dan ianya akan menjadi permulaan yang baik kepada hujung minggu yang menyeronokkan!

sarapan sihat

Memberi Lebih Banyak Tenaga

Yogurt lazat tersebut bukan sahaja sesuai sebagai sarapan, malah ianya juga sesuai sebagai snek sepanjang hari! Sebagai pemberi tenaga di waktu siang pula, anda boleh membuat smoothie yogurt dan buah atau sos celup untuk seleri, pisang, lobak, timun atau biskut gandum dengan yogurt. Anda juga boleh menjadikannya sebagai dressing bagi salad anda.

 

Yogurt Fernleaf boleh didapati dalam beberapa perisa yang lazat – asli, strawberi, beri campuran dan mangga, setiap cawan adalah seberat 110g dan berharga RM1.50.

 

Mulakan hari anda dengan betul bersama sarapan sihat Yogurt Fernleaf yang lazat dan mudah untuk gaya hidup anda yang sibuk!