4 Bijirin Sarapan Yang Sihat Untuk Diet Anda

sarapan yang sihatAnda suka bersarapan dengan bijirin atau sereal? Mamanet ‘hantu’! Bagi Mamanet, itulah  sarapan yang sihat untuk diet Mamanet.

Cukup semangkuk kecil bijirin yang dinikmati bersama susu segar (lembu atau kambing) ditambah dengan buah-buahan seperti pisang, kiwi dan strawberi. Fuh!Memang sedap.Elakkan susu low fat kerana ia mengandungi kadar gula yang tinggi. Susu adalah makanan seimbang jadi usah risau minum susu segar.

Ketika berdiet, kita perlu lebih bijak memilih jenis makanan. Salah satu menu sarapan yang sihat dan sangat disarankan ialah bijirin.Tapi, jenis bijirin ni ada macam-macam dan kita kena pilih bijirin sihat bagi mendapatkan sarapan yang sihat terutama ketika berdiet.

 

sarapan yang sihatBerikut Beberapa Bijirin Untuk Sarapan Yang Sihat

  1. Bijirin Rendah Kalori

Ketika berdiet, pengambilan kalori perlu dikawal pada setiap hari. Makanan yang banyak mengandungi kalori boleh menggagalkan jadual diet anda. Bagi mendapatkan sarapan yang sihat, pilihlah bijirin jenis yang rendah kalori.

 

  1. Bijirin Jenis Whole Grain Atau Whole Wheat

Pastikan anda pilih sarapan yang sihat dengan bijirin yang mampu memenuhi keperluan karbohidrat dan kaya dengan serat.Bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, anda boleh menambahkan oat yang juga kaya dengan serat. Anda boleh melihat kandungan whole grain atau whole wheat pada bungkusannya.

 

3.Bijirin Rendah Gula

Hindari memilih jenis bijirin yang banyak mengandungi gula dan sirap jagung. Adalah lebih baik jika anda mengabungkan bijirin dengan suger free atau sweetened supaya kesannya lebih baik untuk kesihatan.

 

  1. Bijirin Yang Kaya Dengan Omega 3 Dan Zat Besi

Disebabkan bijirin mempunyai banyak jenis, anda perlu menyesuaikannya dengan keperluan tubuh anda. Untuk anda yang sedang berdiet, elok pilih jenis bijirin yang kaya dengan Omega 3 dan zat besi untuk sarapan yang sihat memandangkan ianya baik untuk otak dan mencegah anemia.

Takkan bijirin kot? Kita kan orang Malaysia! Tentu ada sarapan sihat untuk kita!

Sabar dulu ya. Sebenarnya makanan yang biasa kita ambil pun memang sihat. Baru-baru ini ada laporan dari Majalah Time ada menyebut yang nasi lemak merupakan salah satu daripada 10 sarapan sihat antarabangsa. Memang tidak dinafikan kerana nasi lemak memang lengkap dengan segala khasiat yang diperlukan. Bagaimanapun, awas dengan kalori yang diambil. Pastikan anda bergerak aktif selepas makan nasi lemak!

sarapan yang sihat

Leave a Reply